1 ) Penipuan melalui kandungan SMS
Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi bertarikh 5 September 2007 di mana menteri berkenaan menyebut hanya terdapat 23 kes daripada 176 aduan orang awam yang telah melanggar Garispanduan industri pembekalan kandungan SMS, dan hanya 9 syarikat pembekal kandungan SMS tersebut dikenakan penalti secara pembayaran kompaun.
Dalam pada itu, menteri berkenaan juga berkata semua syarikat telekom selular telah diarah untuk melaksanakan satu ‘Preventive System’ untuk menbanteras kejadian penipuan yang seumpamanya — dan tarikh penamatnya (deadline) ialah 30 September.
The New Sunday Times bertarikh 4 November telah melaporkan bahawa sebanyak 712,676 pengguna telefon bimbit telah menjadi mangsa penipuan SMS sejak Januari 2006, melibatkan duit aniaya sebanyak RM377,411.60.
Kami perolehi maklumat dari sumber industri bahawa sebilangan daripada syarikat pembekal kandungan SMS yang dikenakan kompaun masih belum menjelaskan kompaun mereka setelah melebihi tiga bulan.
Malahan, kita juga diberitahu oleh sumber industri bahawa salah satu syarikat pembekal kandungan SMS yang berkali-kali melanggar Garispanduan industri — iaitu Macro Kiosk Bhd — telah dilantik oleh two syarikat telekomunikasi selular menerusi sebuah anak syarikat yang bernama Toprole Network Sdn Bhd, sebagai pembekal dan pengendali ‘Preventive System” yang Menteri berkenaan telah janjikan. Continue reading “Wimax & penipuan SMS”