by Aspan Alias
The Malaysian Insider
Mar 31, 2012
31 MAC — PTPTN wajar dimansuhkan dan saya bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat(PR) untuk menghapuskannya jika PR diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Saya telah menulis isu pembiayaan pelajaran ini banyak kali kerana isu pelajaran dan pendidikan adalah isu teras dalam pembangunan negara. Pendidikan selalunya percuma di negara-negara maju.
Janganlah kita mengaku yang negara kita adalah negara maju dan rakyat yang berpendapatan tinggi tidak lama lagi tetapi kita tidak nampak tanda-tanda hasrat yang dilaungkan oleh PM Najib itu akan tercapai seratus tahun lagi. Takkanlah dengan memberikan wang ehsan RM500 baru-baru ini telah menjadikan negara kita rakyat yang berpendapatan tinggi.
Di kesebelasan negara-negara Scandinavia pelajaran adalah percuma. Di Germany juga percuma dan di Perancis dan banyak lagi negara-negara lain yang memberikan pendidikan dan pelajaran percuma sehingga peringkat tertinggi. Di negara-negara tersebut tidak ada nampak pemimpin politiknya pergi ke kawasan masing-masing menabur wang 500 euro dan sebagainya. Mereka tidak pun sibuk mendabik dada yang mereka telah memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat mereka. Continue reading “Cadangan PR untuk memansuhkan PTPTN wajar mendapat sokongan”