Begitu kata Mahathir …

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 24, 2012

24 APRIL — Memang sudah menjadi adat dan cara hidup semua bangsa dan agama mengenang jasa dan budi orang itu memang menjadi tuntutan. Hidup tidak mengenang budi “ibarat kacang lupakan kulit”. Itulah perbilangan Melayu yang semua orang tahu. Dan sememangnya orang Melayu mengenang jasa.

Hanya sekarang politik tidak dapat membezakan diantara siapa yang patut mengenang jasa dan siapa yang telah memakan jasa. Itulah sekarang menjadi tuntutan Najib apabila beliau melawat P. Pinang dua hari yang lepas. Najib seperti pemimpin Umno yang lain sentiasa menuntut orang Melayu dan rakyat untuk mengenangkan jasa Umno dan pemimpin-pemimpin besarnya yang telah lalu dan yang sedang berkuasa pada hari ini.

Katanya kita mesti ingat kepada jasa Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Dr Mahathir Mohamad serta Abdullah Ahmad Badawi. Mereka ini semuanya berjasa kepada orang Melayu dan negara, kata Najib. Kata-kata Najib itu ada benarnya tetapi mengenang jasa itu biarlah bertempat dan kena pada orangnya serta tepat kepada sasaran dimana jasa itu dikenang. Kita tidak boleh mengenangkan jasa kepada mereka yang tidak berjasa seperti mereka yang telah membinasakan perjuangan dan tamaddun bangsa kita sendiri.

Saya berpendapat Dr Mahatnir sepatutnya mengenang budi parti yang telah mengangkat beliau ke mercu kekuasaan, tetapi Mahathir menggunakan kuasa hasil dari mengenang jasa orang Melayu dengan membinasakan parti itu pada suatu ketika dahulu. Jasa parti itu besar kepada beliau tetapi beliau tidak mengenangnya kerana beliau merasakan ahli-ahli Umno tidak lagi mahu lagi mengenang jasanya.

Beliau tidak mahu menerima yang ahli-ahli Umno sudah keberatan untuk memberikan jasa lagi kepada beliau kerana sebab-sebab yang kita dengar semasa ramai dari ahli-ahli Umno mahukan beliau dibersarakan setelah memberikan jasa yang begitu besar kepada beliau. Justru beliau telah membiarkan Umno itu mati walaupun kuasa yang diberikan rakyat kepada beliau boleh menyelamatkan parti itu dari terkubur. Continue reading “Begitu kata Mahathir …”

Umno’s looming end (Part 2)

— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Apr 23, 2012

APRIL 22 — Some of my readers will recognise that my previous article borrowed its title from Fukuyama’s hugely popular book. I am sceptical, however, that someone who writes of Najib Razak as being the prime minister of this blessing land instead of this blessed land has read Fukuyama’s book.

I haven’t got the time to enter into useless polemic with this fellow as it would only serve to dignify his blog, which isn’t widely read anyway.

One admission. My blog nowadays does not pretend to be a forum for unbiased debate. Since I joined the DAP, while I try to present an objective viewpoint, I am functioning increasingly as a pamphleteer with a specific political objective. I don’t have to explain myself as many know what I am inferring of.

Back to Fukyuma’s “End of History”. It tells the end of totalitarian and undemocratic rules all over the world. Whether it has brought about the emergence of liberal democracy in exact terms as described by Fukuyama remains to be seen.

What is happening all over the world is this: ALL totalitarian and undemocratic rules in the world have had to adjust to the new realities brought about by the empowerment of people. This is what is happening in our country too.

As a result, despite the shamefaced claim of the rise of the PM’s popularity, of promises of development that they have failed to deliver for so many years, there is an unmistakable sense of nervousness in the ruling government that this time; it’s not going to be business as usual. Continue reading “Umno’s looming end (Part 2)”

Testimonial siapa yang lebih baik? Tunku dan Hussein Onn atau yang lain-lain?

—Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 23, 2012

23 APRIL — Semalam PM Najib di Pulau Pinang, negeri yang telah begitu maju dan telah pun menjadi negeri yang mendahului negeri-negeri lain dalam pelaburan pembuatan tahun lepas. Pulau Pinang diikuti rapat oleh Selangor dalam sektor yang sama dan kedua-duanya adalah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Najib kali ini menjanjikan bulan dan bintang kepada negeri P. Pinang jika BN kembali memerintah negeri itu.

Janji pemimpin BN itu adalah janji dari parti yang telah jatuh ke dalam gaung dan kali ini ia memberikan janji kepada orang-orang yang telah mencampakkan BN ke dalam gaung itu. Lawatan ini adalah lawatan dalam siri kempen pilihanraya ke13 nanti dan Najib masih melagukan lagu-lagu lama yang sudah tidak masuk “carta lagu popular mingguan” lagi.

Lagunya yang dinyanyikan di Pulau Pinang semalam bertajuk “Ingat kepada jasa lama” dan “Jangan tinggal daku” yang telah dinyanyikan oleh pemimpin Umno setiap kali pilihanraya sampai. Lagu ini serupa seperti lagu “Selamat Hari Raya” nyanyian biduawanita negara Saloma. Lagu “Selamat Hari Raya” hanya berkumandang semasa kita menghampiri Hari Raya Puasa. Lagu-lagu ini datangnya bermusim. Bila habis Hari Raya hilanglah lagu selamat Hari Raya. Begitu jugalah lagu nyanyian Najib.

Tidak ada modal lain selain dari meminta rakyat dan orang Melayu khususnya untuk berterima kasih kepada BN dan mengenang jasa-jasa pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Dr Mahathir serta Abdullah Ahmad Badawi. Najib menggunakan nama-nama pemimpin yang terdahulu sebagai “testimonial” untuk mendapatkan sokongan yang berterusan dari rakyat. Najib dan Umno pimpinannya sedang kepanasan kerana dalil-dalil yang jelas telah dilihat yang BN akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah negara merdeka kita.

Tetapi Najib tidak pula nampak yang “testimonial” nama-nama pemimpin yang disebut beliau itu tidak boleh meyakinkan rakyat untuk menerimanya bulat-bulat. Setidak-tidaknya dua dari nama yang disebutnya itu tidak berada didalam Umno semasa mereka meninggal dunia. Tunku Abdul Rahman sehingga akhir hayat beliau tidak mahu menyertai Umno kerana parti itu tidak lagi mempunyai “attribute” sebagai parti yang mempunyai intregiriti untuk memerintah. Begitu juga Hussein Onn. Kedua-dua bekas pemimpin besar Umno ini tidak mahu menyertai Umno sama sekali. Continue reading “Testimonial siapa yang lebih baik? Tunku dan Hussein Onn atau yang lain-lain?”

Umno’s looming end

— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Apr 22, 2012

APRIL 22 — It is already happening. The people in the mainstream media and “mainstream new media” do not have a clue about what is happening. They are seeing ghosts at every corner. Umno is in total disarray. In desperate times, Umno resorts to desperate measures.

Umno knows the Malay mindset. They know Malays have this addiction to horror stories, sex and other bizarre tales. That is why readership of the Mastika Magazine far outstrips that of Utusan Malaysia. In Utusan Malaysia, only two pieces of news are true; (1) the Islamic prayer times and (2) 4-digit numbers. Can it be that more Malays now patronise the gaming shops? Everything else in Utusan is deceit.

So, now, they concentrate on the horror of horrors — all else will die with the demise of Umno. The hard truth is, if Umno dies, the ones who will suffer most will be the parasitic leeches and the anointed rent-seekers, the licensed rajahs, the ones given licences to plunder, and the corrupt politicians. It’s the end of civilisation, but it’s the end of the plundering civilisation as Umno knows it.

Let me hasten to comfort Malays and Malaysians; nobody dies if Umno goes under. Especially not the Malays. The tide and ebb of Malays do not absolutely depend on Umno. We progress through education and through our efforts. Continue reading “Umno’s looming end”

‘Unwise for Umno to axe Najib after GE’

Nigel Aw | Apr 21, 2012
Malaysiakini

Even if the BN wins the next general election but losses more seats, it would still be unwise for Umno to unseat Prime Minister Najib Abdul Razak as they did with his predecessor, says prominent author Barry Wain.

This, he said, is because the premier is popular among the people and the ruling coalition and government are dependent on his star power.

“In the event if Najib still wins the election but drops say a dozen seats, he could come under pressure, but it is difficult because Najib is personally popular.

“He is extremely popular, far more popular than Umno, the government and the BN.

“What they have going for them now in terms of electoral appeal is Najib,” Wain said at a talk organised by the Foreign Correspondents Club Malaysia (FCCM) in Kuala Lumpur. Continue reading “‘Unwise for Umno to axe Najib after GE’”

Najib an opportunistic reformer, says author

Nigel Aw | Apr 21, 2012
Malaysiakini

Barry Wain, who in 2010 raised red flags at the Home Ministry with his book ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’, has described Prime Minister Najib Abdul Razak reformer image as a selective one.

The journalist and author, while acknowledging that the current premier had given more substance to his reform agenda compared with his predecessor Abdullah Ahmad Badawi, he had only instituted changes where the government’s position was not endangered, he said.

“Recognising his personal and political limits, Najib has become what I call a tactical or selective reformer, a less charitable description might be an opportunistic reformer,” said the Australian, who has lived in Asia for nearly 40 years.

“Skirting some of the areas most in need of reform, he is hoping he can make enough changes around the edges of certain policies, package them attractively and sell them to Malaysia to arrest Umno’s slide,” Wain told some 30 members of the Foreign Correspondence Club Malaysia (FCCM) at a talk in Kuala Lumpur last night. Continue reading “Najib an opportunistic reformer, says author”

Parti yang busuk sampai ke usus …

— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Apr 20, 2012

20 APRIL — Kadang-kadang saya rasa jurublog yang menyokong Umno ini terdiri dari orang tongong. Mungkin itu sebabnya, Dr Mahathir kata yang tinggal dalam Umno orang bingung dan half-past six. Adakah munasabah jika saya hendak menentang Umno dan BN, saya tidak di beri bercakap mengenai Datuk Najib dan Dr Mahathir atau mana mana pimpinan Umno? Bukankah mereka ini semua manusia, kalau kentot pun, busuk juga?

Ini macam mengajak saya bergocoh tapi nak ikat tangan saya di belakang. Bolehlah kamu belasah orang yang tangan diikat di belakang. Geng dan gerombolan Umno ini apa yang tidak mereka kata kepada Nik Aziz, Haji Hadi, Guan Eng, Kit Siang dan Anwar Ibrahim? Saya rasa istilah dalam kamus perkataan jijik dan kotor pun sudah tidak ada. Kita kena buat kamus special untuk pendukong Umno. Continue reading “Parti yang busuk sampai ke usus …”

Kuasa bukannya hak milik kekal, ia hanya TOL sahaja

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 20, 2012

20 APRIL — Negara kita semakin hari semakin bercelaru dengan berkembangnya budaya samseng dan semua samseng-samseng ini adalah mereka yang menyebelahi pihak berkuasa. Pihak yang berkuasa sedang dalam keadaann desperado untuk mempertahankan kuasa dan mereka sedang mabuk dengan kuasa itu. Tindakan sekumpulan samseng memukul dan membelasah mahasiswa-mahasiswa yang sedang menuntut keadilan untuk masa depan mereka di Dataran Merdeka semalam amat menyayat hati. Mungkin sekarang ramai yang tidak merasa apa-apa tetapi orang yang miskin seperti saya dan ramai yang lain amat memahami perasaan mereka.

Nampaknya tidak ada siapa yang boleh menuntut apa-apa yang mereka anggap hak mereka dalam negara kita lagi. Sesungguhnya inilah kesilapan orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang selama ini terlalu memberi muka kepada BN untuk memerintah negara ini sejak merdeka. Sebagaimana yang saya sebut selalu pihak berkuasa seolah-olah tidak boleh dipersoalkan lagi kerana mereka menganggap negara ini adalah hak mereka sahaja untuk berkuasa maka siapa sahaja yang mempunyai pendapat yang berlainan akan dipukul dan dicederakan.

Apabila mereka merasakan kuasa akan hilang maka mereka bertindak bukan sahaja membiarkan samseng-samseng melakukan apa sahaja ke atas anak-anak muda yang sedang menuntut keadilan dan berjuang untuk masa depan mereka dalam negara mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab pula membuat kenyataan-kenyataan yang memihak kepada samseng-samseng ini dan mengutuk tindakan mahasiswa untuk melakukan apa yang mereka wajar lakukan. Continue reading “Kuasa bukannya hak milik kekal, ia hanya TOL sahaja”

Captain Ahab, Pequod vs Moby Dick

— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Apr 18, 2012

APRIL 18 — We like it when Dr Mahathir speaks as often as he wants to. While I have often described him as the man who can walk on water, in this article he is Captain Ahab to Najib’s Starbuck as far as the Umno mother ship is concerned. The Umno ship is the Pequod which sails out under Captain Ahab seeking revenge on the sperm whale Moby Dick. Captain Ahab is completely consumed by revenge to seek out and kill off Moby Dick. Because Moby Dick has bitten off a portion of one of his legs.

What’s with Dr Mahathir really? The ghosts of misdeeds past are haunting him? Have we the people bitten off part of his left leg? Right leg? Well, we know eventually the ship went down bringing along Ahab to his watery grave.

Please don’t stop him. We want Dr Mahathir to speak more about Malaysian politics. The more he says, the faster is the demise of Umno. Apparently he has forgotten why Pak Lah in 2004, got the largest majority in the history of BN. Dr Mahathir and NOT Pak Lah was the main factor giving BN the largest mandate.

Not that the people thought Pak Lah would be a good PM. He turned out to be a sleepy head on the many issues facing the country. History will probably remember him as the PM we got as a result of a mistake.

The main reason why Pak Lah got the biggest majority was that the people were rejoicing at the exit of Mahathir. Malaysia is today what Africa was 20 years ago. Malaysia is fast becoming a frontier town with gunslingers around.

Since 1981 to be exact, Umno has changed in character completely. It has evolved into an evil empire devouring the wealth of the country through a complex network of cronies and a labyrinth of shady deals leading back eventually to the upper reaches of the Umno leadership. The buck does indeed stop there. Continue reading “Captain Ahab, Pequod vs Moby Dick”

Time to separate govt and political party

By Mohd Ariff Sabri Aziz | April 18, 2012

A political party does not own the government. A political party may legislate but the implementation is carried out by civil servants who are beholden to the constitutional ruler.

We should be able to separate government and political party.

Development is not something unique to Umno. Every party that has power can carry out development.

As such, Umno can’t go around claiming only they can bring on development. The governments in Penang, Kelantan, Selangor, and Kedah also carry out development, indeed the development there has been achieved on more meritorious grounds.

These states have better reserves, operated and achieved surplus budgets and have been able to avoid wasteful spending. Those are sterling qualities of good governments.
Continue reading “Time to separate govt and political party”

Let’s be adults, YAB

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 15, 2012

15 APRIL — Merasakan diri sendiri itu sebagai hebat dan “invincible” itu merupakan kesilapan yang susah hendak diperbaiki oleh seseorang yag mempunyai sifat itu. Jika mereka yang jenis ini menjadi pemimpin mereka akan dianggap sebagai pemimpin sombong dan selalunya pemimpin seperti ini akan memandang rendah orang lain dengan begitu mudah. Hasilnya akan timbullah masalah kepimpinan (leadership crisis) yang tidak sepatutnya berlaku.

Krisis ini sememangnya boleh diatasi hanya dengan menjadi pemimpin yang merendah diri. Saya tidak dapat mencari sebab kenapa seseorang itu apabila menjadi pemimpin dia menjadi sombong dan tidak mahu merendahkan diri dihadapan rakyat pimpinannya. Orang lain semuanya bodoh dan dia sahaja yang betul dan benar.

Di negeri saya, Negri Sembilan, ada pemimpin besar yang tidak mahu merendah diri kerana pangkatnya besar dan wang ringgitnya banyak, walhal “it doesn’t cost him even 10 cents to be humble”.

Beliau ini merasakan dirinya itu datang dari syurga (paradise). Jika ada yang tidak bersetuju dengannya dia akan menjawab dengan sombong, “ah, dio tu bukan boleh mendalamkan air pun”. Semua orang lain tidak boleh mendalamkan air. Ramai juga yang datang memberitahu saya yang beliau menganggap saya sebagai pemimpin nyamuk sahaja. Continue reading “Let’s be adults, YAB”

Chua Soi Lek keletihan kerana kaum Cina telah muktamad menolak MCA

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 15, 2012

15 APRIL — Chua Soi Lek semasa berada di Johor Bahru semalam telah menzahirkan perasaan kecewa beliau kerana kaum Cina tidak menyokong MCA sedangkan MCA telah begitu banyak berjasa kepada bangsanya selama ini. Orang Cina katanya, memilih untuk memberikan pujian dan sokongan terhadap pembangkang yang kata beliau tidak ada jasa kepada negara selama ini.

Bagi saya, Chua Soi Lek (CSL) begitu naïf pandangannya terhadap politik dan sejarah yang melatar belakangkan keadaan ini. Pada asasnya orang Cina memang sudah lama tidak menyokong PERIKATAN dan seterusnya selepas Perikatan di ambil alih oleh BN pada tahun 1974 dahulu. Orang Cina hanya memberikan sokongan terhadap parti kerajaan semasa pilihanraya 1955 sehingga PRU 1965 sahaja. Continue reading “Chua Soi Lek keletihan kerana kaum Cina telah muktamad menolak MCA”

Umno: Dari Pendita Zaaba ke Pendita Syed Putera

— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Apr 11, 2012

11 APRIL — Pada 7 April, saya berjumpa dengan Oracle Syed Putera atau dalam bahasa Melayu kita boleh sebut sebagai Pendita dari Syed Putera.

Kali ini nasib saya baik. Saya di jemput masuk untuk berjumpa bukan sahaja dengan Sang Pendita Syed Putera tapi juga dengan tokoh halimunan, Tun Daim Zainudin.

Dahulu di pinggirkan oleh Umno, sekarang di cari cari untuk memberi jampi serapah penguat semangat.

Tun Daim jadi macam bomoh besar menggantikan swami ji atau bomoh dari Indonesia yang selalu di rujuk oleh pimpinan tertingi Umno.

Bomoh tak bomoh, macam mana ya, Najib sang general tanpa soldadu. Soldadu nya soldadu upahan, pengikut nya, pengikut bayaran.

Wah, memang nasib saya baik pada hari itu. malam nanti, saya akan berceramah di markas Tarbiyyah PAS , Taman Melewar. Ada modal mahu cakap.

Sang Pendita: You boleh tanya direct segala kemusykilan dari Tun sendiri. Dia baru pulang dari Tokyo. He went there after memberi temu ramah Utusan Meracau dan beberapa akhbar Cina yang lain. Isnin ini Tun akan ke Afrika untuk suatu tempoh yang agak panjang. Tun kata dia mahu jumpa Sakmongkol yang sudah masuk DAP itu. Kami semua ketawa.

Sakmongkol: Saya tukar wadah Tun, bukan tukar aqidah. Orang Umno hari ini, kalau agama boleh mereka jual, sudah lama mereka lakukan. Tanah, bangunan, saham, akhirnya lembu pun mereka balun. Continue reading “Umno: Dari Pendita Zaaba ke Pendita Syed Putera”

Allah sentiasa bersama dengan orang zuhud

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 11, 2012

11 APRIL — Saya sedang melalui pengalaman baru dan pengalaman ini sangat berharga bagi saya. Pengalaman yang saya maksudkan ialah mengenali lebih dekat lagi sikap Melayu Umno.

Rupa-rupanya masih banyak yang saya kurang faham tentang ahli-ahli Umno walaupun saya berada didalam parti itu selama 40 tahun. Agaknya saya tidak memahami pemikiran diluar kotak kerana saya terlalu taksub kepada Umno itu semasa saya berada didalamnya.

Saya hanya memahami dengan lebih dekat lagi sikap dan pemikiran mereka sejak saya mengambil keputusan menyertai Parti Tindakan Demokratik, parti momokan Umno sejak 46 tahun yang lalu. DAP itu komunis, DAP itu chauvinistik, DAP itu anti Melayu dan anti Islam dan DAP itu segala-galanya yang buruk. Segala “superlatives” buruk diberikan kepada DAP.

Yang menjaga Islam itu hanya Umno. Yang berjuang untuk Melayu itu hanyalah Umno, yang mempertahankan agama itu Umno , yang anti komunis itu Umno dan semua yang baik dan syumul itu Umno.

Mereka seolah-olah mengaku mereka sahaja yang akan masuk syurga dan saya yang masuk DAP ini akan menjadi ahli neraka. Tetapi kumpulan ini tidaklah ramai. Sebagaimana yang saya telah tulis dahulu penyertaan saya dalam DAP mandapat sokongan ramai orang Melayu juga. Continue reading “Allah sentiasa bersama dengan orang zuhud”

Jalan ke syurga penuh dengan onak dan duri

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 09, 2012

9 APRIL — Rakyat khususnya orang Melayu sudah sampai masanya untuk berfikir jauh diluar kotak. Sampai masanya rakyat memilih untuk memulakan pembetulan dengan merubah keadaan negara dari mula.

“We have to start anew”. Cara berfikir yang usang patut dibuang kerana kita orang Melayu yang sudah kononnya dibela oleh parti Melayu, Umno selama 54 tahun tidak berdaya untuk membantu bangsanya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain walaupun perlembagaan telah memperuntukkan keistimewaan untuk orang Melayu.

Jika selama 54 tahun Umno gagal menaikkan taraf “competitiveness” orang Melayu, apa pula alasan pimpinan kita untuk meminta orang Melayu untuk terus menyokong Umno dalam pilihanraya yang akan tiba ini. Peluang untuk mendapat hasil yang sama juga adalah besar… walhasil balik asal.

Kalau kita berikan mandat lagi kepada Umno keadaan Melayu akan lebih teruk lagi. Yang pasti akan berterusan dan berkesinambungan ialah bertambahnya gejala rasuah dan menyalahgunakan kuasa akan bertambah besar lagi.

Kita tidak boleh lagi memberikan harapan kepada Umno kerana jika selama lebih lima dekad parti itu telah gagal masakan kali ini dengan kepimpinan yang lebih tidak senonoh ini akan memperbaiki keadaan orang Melayu. Umno dan kegagalan adalah dua perkataan yang sinonim. Umno itu kegagalan, kegagalan itu adalah Umno. Jangan malu-malu untuk mengakuinya. Continue reading “Jalan ke syurga penuh dengan onak dan duri”

When Malay silence is not golden

Mariam Mokhtar | Apr 9, 2012
Malaysiakini

The average human brain weighs about 3 lbs and is 80 percent water. When Einstein’s brain was set aside for research, people were surprised that it was not unusually large. Perhaps, we have to remind ourselves that it is not size that matters, but what we do with our brain that really counts.

If there was an opportunity to dissect Malay brains, and separate the brains of extremist Malay/Muslims from the moderate Malays, would we find any differences in the pathological specimens?

Would the extremist brains be abnormally heavy because they were weighted down by the condition known as Ketuanan Melayu? Would the moderate brains show lesions on the lobes which govern speech?

It is a simple question, but no one has been able to answer it: where are the moderate, smart Malays who should speak up about issues which affect all Malaysians?

I pose the question because extremist Malays appear to dominate the affairs of Malaysia. Are the moderates consumed by apathy? Are they afraid of drawing attention? A few may think they are not articulate, or that their views do not matter. Perhaps, the moderates are content to carry on as we have done for the past 54 years; hence their silence.

If they are as disgruntled as the rest of the nation, they must speak out now because their opinions would send a clear message to Umno, that enough is enough. Continue reading “When Malay silence is not golden”

Bohong dan menipu adalah keperangaian kedua (second nature) Umno

— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Apr 09, 2012

9 APRIL — Apa yang menyebabkan Najib dan gerombolan Umno mampu menunaikan sebahagian besar janji janji mereka? Jawapannya ialah dana dan wang yang banyak. Itu sahaja kelebihan yang Najib dan gerombolan Umno ada. Dari segi idea dan gagasan dan wawasan yang terang, dia yilek. Jika tidak ada apco dan firma pakar runding seperti Mckinsey, Najib adalah seorang kanak-kanak yang hilang dalam hutan. Di luar jawapan dan pertanyaan yang tidak berskrip, Najib tidak dapat menjawap apa-apa.

Tiadakan kuasa yang ada, apa yang Najib ada? Sudah tentu hanya janji yang kosong. Janji kosong Najib jika di bandingkan dengan janji Pakatan Rakyat akan menelanjangkan ketandusan idea Najib dan BN. Dan saya tidak fikir Najib bodoh seperti yang kita melihatnya untuk tidak menyedari bahawa objektif PR ialah mendapatkan kuasa di Putrajaya. Dan kuasa inilah yang akan di pertahankan oleh Najib dengan segala tipu helah dan pembohongan terutama kepada orang Melayu.

Pembaca sendiri dapat melihat. Hanya selepas 4 tahun mendapat kuasa, beberapa kerajaan di bawah PR bukan sahaja menepati janji yang mereka buat tetapi mentadbir negeri masing-masing dengan lebih baik dari BN yang telah lama berkuasa. Ada negeri BN yang boleh menunjukkan bahawa mereka dapat mengadakan bajet lebihan? Ada, jika main silap mata yakni dengan mebatalkan beberapa perbelanjaan supaya balance sheet nampak baik. Kita mahu lihat negeri mana di bawah pemerintahan BN yang akan sekoyong koyong membentang supplementary bill untuk mendapat bajet tambahan. Ini semua kerja auta dan autawan in chief iaitu Najib Razak. Continue reading “Bohong dan menipu adalah keperangaian kedua (second nature) Umno”

Sejuk rasanya hati mendengar kata Najib, tapi …

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 09, 2012

9 APRIL — “Dua perkara yang terpenting untuk diingati oleh pemimpin, pertamanya jangan bersikap sombong, dan jangan tidak tepati janji”, kata PM Najib di Temerloh semalam. Saya dan sesiapa juga bersetuju dengan ungkapan Najib itu, baik kawan dan lawan dalam politik. Kata-kata itu memang satu nasihat dan peringatan yang baik kepada semua. Bak kata anak-anak muda sekarang “gua caya lu Najib”.

Tetapi itulah diantara sebab kenapa Umno dimarahi dan dipersoalkan oleh rakyat. “Attribute” pemimpin Umno adalah kesombongan mereka serta sikap tidak menepati janji. Dan dalam artikel ini kita boleh tambah lagi apa-apa yang melekat sebagai stigma yang tidak dapat dipisahkan dari parti pemerintah itu. Apa yang dinasihati Najib itu, itu lah yang ada kepada Umno.

Umno begitu sombong kepada rakyat dengan mengugut rakyat supaya jangan tinggalkan Umno kerana jika Umno ditinggalkan, mereka tidak akan dapat menentukan nasib yang baik untuk rakyat yang ramai. Hanya Umno sahaja yang boleh mempastikan kehidupan yang baik untuk rakyat dan “there is no life without Umno”. Kepercayaan yang segala-galanya adalah dari Tuhan Semesta Alam tidak dipakai lagi. Mereka telah cuba mengalihkan keyakinan ramai yang, “there is life without Umno” dan “there is life after Umno”. Continue reading “Sejuk rasanya hati mendengar kata Najib, tapi …”

Open season on Lim Guan Eng

By Tunku Aziz | April 06, 2012
The Malaysian Insider

APRIL 6 — Umno has apparently declared “open season” on Lim Guan Eng. That they have been stalking their favourite target for years, even well before he came into prominence, is an open secret.

If they had not maligned, abused and subjected him to unremitting muck-raking and mudslinging, these Umno stormtroopers would have felt totally inadequate and that something was missing from their miserable existence.

They would, like their brown-shirted, fair-haired and blue-eyed Aryan cousins of the Third Reich, have felt that they were not fulfilling their historic destiny which is to cause as much mayhem as the police, in their accustomed manner and wisdom, would allow. It is all in the name of upholding “ketuanan Melayu”, and nothing should be allowed to stand in their way, not even the rule of law. Years of blatant abuse with impunity by Mahathir Mohamad who, in cahoots with his Umno henchmen, succeeded by means fair and foul, mainly foul, in distorting the systems of orderly governance as provided for under our constitutional arrangements.
Continue reading “Open season on Lim Guan Eng”

Najib kata jangan tukar pemandu tengah jalan

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 04, 2012

4 APRIL — Hari ini Najib Razak mengingatkan semua supaya tidak menukar kerajaan yang merbahaya dalam pilihanraya ini. Katanya “jangan tukar pemandu dipertengahan jalan”. Maksudnya jangan tukar kerajaan dalam pilihanraya ini kerana itu adalah tindakan merbahaya.

Setiap kerajaan bertukar tangan dalam perjalanan. Parti Conservative dan Liberal Democrat telah mengambilalih kerajaan Britain dari Parti Buruh dalam perjalanan. Mana ada kerajaan yang sudah tiada untuk ditukar? Tentulah kerajaan yang sedang berkuasa yang selalu ditukar dan mereka ditukar kerana bersebab, bukan saja-saja untuk ditukar.

Perjalanan mentadbir negara adalah tugasan yang berterusan kepada siapa yang diberikan mandat. Ibarat sebuah bas yang dalam perjalanan jauh, ia disyaratkan supaya mempunyai pemandu gantian (spare driver).

Banyak kemalangan berlaku kerana pemandu itu terlena sambil memandu kerana telah memandu terlalu lama. Maka itulah undang-undang mensyaratkan setiap bas ekspress mesti mempunyai seorang lagi pemandu gantian supaya bas itu dipandu bergilir-gilir supaya tidak merbahayakan penumpang yang sedang tidur lena itu.

Dalam kes kerajaan pimpinan Najib, penumpang-penumpangnya sudah bangun dari tidur dan telah merasakan yang pemanduan Najib sudah cukup merbahaya. Najib memandu dengan tidak mematuhi undang-undang memandu. Continue reading “Najib kata jangan tukar pemandu tengah jalan”