Di dalam wawancaranya bersama Malay Mail semalam, ketika ditanya berkenaan “kumpulan yang skeptik dengan 1Malaysia di dalam UMNO sendiri”, Perdana Menteri, Datu Seri Najib Razak mengatakan adalah sengaja beliau tidak mentakrifkan konsep itu sejelas-jelasnya kerana “sepatutnya ada unsur kekaburan makna yang strategik supaya apabila anda perkenalkan konsep seperti itu, apabila masa berlalu, takrifannya dapat ditakrifkan dengan menerima pandangan orang lain sepanjang kita bergerak”.
Beliau bagaimanapun mendakwa “konsep 1Malaysia kini difahami dengan jelas”!
Ini merupakan dakwaan yang Najib sendiri mungkin tidak menyakininya.
Malah, rakyat Malaysia berhak untuk bertanya transformasi apakah yang sedang Najib katakan apabila beliau tidak mampu membuatkan Perhimpunan Agung UMNO menyokong dasar 1Malaysia beliau setelah empat tahun menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, sedangkan Dasar 1Malaysia merupakan asas kepada semua program “transformasi” beliau, baik kerajaan, ekonomi atau politik, contohnya GTP, ETP, PTP dan lain-lain.
Rakyat Malaysia terkejut selepas hampir empat tahun, Najib mengatakan beliau sengaja membiarkan konsep 1Malaysia kabur dan samar-samar, sedangkan itu bukan apa yang beliau katakan pada tahun pertama sebagai Perdana Menteri.
Continue reading “Transformasi apakah yang sedang Najib katakan apabila beliau tidak mampu membuatkan Perhimpunan Agung UMNO untuk menyokong dasar 1Malaysia beliau setelah empat tahun menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO?”