Perang saraf bagi membentuk persepsi pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 masuk ke pusingan akhir, dengan Parlimen dijangka akan dibubarkan dalam dua atau tiga minggu lagi.
Skrip terbaru tukang putar UMNO/Barisan Nasional adalah serampang tiga mata:
- mereka-reka laporan dan dakwaan palsu serta tidak berasas untuk menfitnah DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya melalui laman tak berwajah, tak bernama dan tak berjiwa di media sosial dan media perdana UMNO/BN;
- menimbulkan kesangsian dan rasa tidak percaya di dalam parti DAP, PKR dan PAS serta memprovok permusuhan dan ketegangan di antara parti dalam Pakatan Rakyat, dengan matlamat utama untuk memecahbelahkan Pakatan Raktyat terutamanya kerjasama antara DAP dan PAS untuk menyelamatkan UMNO/BN daripada cabaran “hidup atau mati” dalam PRU13; dan
- untuk mencipta persepsi bahawa UMNO/BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya berjaya meraih sokongan popular kepada UMNO/BN, baik di kalangan pengundi Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban.
Inilah sebabnya mengapa ditonjolkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Najib di Pulau Pinang pada 11 Febuari – persembahan berjuta-juta ringgit bintang Korea Selatan dan lagu terkenalnya Gangnam Style.
Tetapi adakah kemunculan sensasi Psy dan Gangnam Style di Pulau Pinang adalah “harapan menjadi kenyataan” untuk Najib sehingga meraih sokongan popular di kalangan pengundi Cina untuk UMNO/BN dalam PRU13? Continue reading “Pengiraan Detik 63 Hari ke PRU13 – Bolehkah Psy dan Gangnam Style menyelamatkan populariti BN di kalangan pengundi Cina, yang menjunam daripada 17% ke 6% dalam tempoh 10 bulan dari Febuari sehingga Disember tahun lalu?”