Komentar Roketkini
2 July 2011
2 JULAI – Sekumpulan penyokong UMNO, Perkasa dan segolongan India Muslim telah mengadakan demonstrasi haram di ibu negeriPulau Pinang pada petangJumaat laludi mana mereka turut menyerang dua jurugambar.
Tujuan mereka mengadakan perhimpunan haram berkenaandengan membawa sepanduk “Pulau Pinang Hak Kami”, “Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu” dan “Jangan Berani Bangkitkan Komunis”, adalah membantah dan mengecam pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Selain mengadakan perarakan dalam bandar ke pejabat KetuaMenteri di Komtar, Georgetown, mereka juga berarak hingga ke Jambatan Pulau Pinang yang mengakibatkan kesesakan lalulintas serta kedai-kedai di bandar ditutup.
Sepanjang demonstrasi haram itu, pihak polis hanya membiarkan sahaja mereka yang terlibat bermaharajalela di jalanan. Continue reading “Lim Guan Eng zalim!”