Sekarang puaslah hati PAS

Rahmat Haron
Malaysiakini
17 Jun 2015

Perkara 1, Pengistiharan Hak Asasi Manusia Sejagat menyebut, “semua manusia lahir bebas dan saksama dalam maruah dan hak-haknya.” Maruah merujuk rasa kemuliaan diri dan kehormatan peribadi. Ia merujuk kepada perihal nama baik dan harga diri.

Penggunaan frasa harga diri membayangkan suatu jenis urusniaga perasaan – mahal, murah atau sampah (seperti saya!). Ia mengukur makna kehinaan – penghina, orang yang dihina dan penghinaan.

Ia permainan kejam si kuat ke atas si lemah – yang tuan dan yang hamba, yang kalah dan yang menang, yang mulia dan yang hina, yang ularmak dan yang profesorsional, yang mencakar dan yang terluka, parah serta dalam kedukaannya.

Dalam politik, maruah (nama baik dan kehormatan diri) amat penting untuk dijaga. Misalnya, ahli parlimen Jeli, Mustapha Mohamad merasa terhina dengan niat suci DAP mahu membina masjid buat para mangsa banjir.

Ataupun golongan pro ulama Pas merasa terhina dengan ucapan Lim Kit Siang yang mengangkat hak-hak kemanusiaan, menolak pelaksanaan perundangaan deraan fizikal dan hukuman mati yang kejam.

Makanya, hasrat Muktamar PAS yang meluluskan usul tanpa bahas anjuran sayap teras Dewan Ulamanya untuk memutuskan hubungan dengan DAP telahpun menjadi kenyataan.

Sekarang, puaslah hati kalian. Pakatan Rakyat (PR) akhirnya gagal membawa harapan perubahan, menghapus rasuah, menegak hak asasi dan pendemokrasian di Malaysia.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telahpun mengumumkan Pakatan Rakyat Sudah tidak wujud lagi.

Makanya kini jalan keindahan yang dihasratkan golongan konservatif Melayu Islam, untuk melihat perundangan hudud terlaksana semakin terbuka luas. Continue reading “Sekarang puaslah hati PAS”

Antara PAS dan DAP, siapa perempuan?

Khalid Samad
Malaysiakini
17 Jun 2015

Muktamar PAS ke-61 telah berakhir pada hari Sabtu 6 Jun 2015. Saff pimpinan baru yang dipilih menjanjikan satu perubahan dan perbezaan berbanding yang sebelumnya.

Ada yang menamakan perubahan saff kepimpinan sebagai kejayaan mengembalikan PAS kepada “landasan yang betul” – kononnya berubah kembali seperti asalnya. Kata-kata ini seolah-olah menuduh pimpinan sebelum ini telah menyimpang dari landasan asal PAS.

Maka ahli menunggu-nunggu supaya pembaharuan dan perbezaan ini dizahirkan. Pada masa sama, mereka menunggu juga penjelasan berhubung penyimpangan yang telah dilakukan pimpinan lama.

Mereka ingin tahu sama ada pendekatan almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Aziz turut dianggap sebagai suatu penyimpangan dari landasan asal PAS. Continue reading “Antara PAS dan DAP, siapa perempuan?”

PAS tak boleh sendirian jika mahu tumbangkan BN, kata anak bekas pemimpin

oleh Hasbullah Awang Chik
The Malaysian Insider
17 June 2015

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seharusnya kembali kepada pendekatan yang ditinggalkan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam usaha menyelamatkan gabungan pembangkang dan menumbangkan Barisan Nasional (BN), kata Nik Omar Nik Aziz.

Anak bekas menteri besar Kelantan itu berkata, arwah bapanya sering mengingatkan, segala permasalahan perlu dibawa ke meja rundingan dan pemimpin PAS seharusnya memulakan inisiatif itu.

“Cara nak selesai, lebih baik melalui meja rundingan. Dalam PR ada Majlis Presiden, di sinilah ruang terbaik.

“Saya rasa parti PAS yang mesti memulakan inisiatif langkah terbaik, bincang secara teliti, ikhlas supaya dapat dikekalkan PR, sebab itu pendekatan Tok Guru,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Omar berkata, ayahnya terlalu sayangkan ikatan sesama parti dalam PR melebihi kasih sayang kepada anaknya sendiri kerana sedar PAS tidak akan dapat mentadbir negara sendirian.

Katanya, Nik Aziz sedar landskap politik Malaysia memperlihatkan PAS perlu bersama sekutunya – PKR dan DAP – dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan BN. Continue reading “PAS tak boleh sendirian jika mahu tumbangkan BN, kata anak bekas pemimpin”

Tiada lagi Pakatan

– Izmil Amri
The Malaysian Insider
16 June 2015

Al-Fatihah.

Selesai dimandi, dikapan, diratap kematiannya; jenazah Pakatan Rakyat kini diusung menuju kuburan sebelum ia ditanam dalam kubur cetek separas buku lali. Tragedi ini kita saksikan bersama lebih sepuluh tahun lalu, ketika DAP meninggalkan Barisan Alternatif.

Kubur cetek Barisan Alternatif menyaksikan kebangkitan semula kebangkitan roh muafakat politik baru yang sepanjang dua pilihan raya lalu berjaya menggugat kerusi kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

PR juga mati, dan rohnya kini bergentayangan mencari jasad baru untuk dirasuk; bagaikan watak antagonis novel kanak-kanak Harry Potter; Lord Voldermort yang meski tiada berjasad masih “hidup” dalam berbilang juzuk, sebelum tiba masanya ia bangkit semula.

PR, muafakat tiga parti politik pembangkang; tiada lain sekadar jasad, yang sepuluh hari lalu dijangkiti penyakit bawaan Muktamar PAS, kini terpaksa di-euthanasia; ekoran sakitnya yang bersangatan dan tidak terubat lagi. Continue reading “Tiada lagi Pakatan”

Bekas pemimpin PAS dirai, Malaysia bakal saksikan muafakat politik baharu

Zulkifli Sulong
The Malaysian Insider
17 June 2015

Malaysia akan menyaksikan muafakat politik baharu tidak lama lagi selepas 18 pemimpin PAS yang disingkirkan dalam muktamar baru-baru ini melancarkan perhimpunan pertama mereka di Muar, Johor malam tadi.

Kumpulan dikenali G-18 itu bermesyuarat sesama mereka kira-kira jam 6 petang di sebuah hotel dan pada jam 9 hingga 12 malam, mereka berucap di hadapan kira-kira 3,000 penyokong, jumlah dianggap besar untuk satu ceramah politik di Johor.

Hampir semua mereka hadir kecuali Datuk Husam Musa yang tidak berapa sihat dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi yang berada di luar negara.

Antaranya, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, juga dikenali sebagai Mat Sabu, bekas naib presiden Salahudin Ayub, bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar, bekas bendahari Asmuni Awi, bekas pengarah pilihan raya Dr Mohd Hatta Ramli, bekas ahli Jawatankuasa Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad, Datuk Kamarudin Jaffar, Zulkifli Mohamad Omar, serta ramai lagi.

Pengarah perhimpunan, Mazlan Aliman, merupakan satu-satunya anggota kumpulan progresif yang menang dalam pemilihan AJK PAS Pusat baru-baru ini. Mazlan melepaskan jawatan itu Isnin lepas. Continue reading “Bekas pemimpin PAS dirai, Malaysia bakal saksikan muafakat politik baharu”

Let us move on, as there is no time to lose on polemics to rekindle hopes among Malaysians who want change that such a possibility is still alive and relevant in the 14GE through an alignment of political forces

(Scroll down for English text)

Maju terus, kita tidak boleh membuang masa dengan polemik, demi menghidupkan semula harapan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan bahawasanya peluang itu masih wujud dalam PRU ke-14 melalui penyusunan semula kuasa-kuasa politik

Saya berkenan betul dengan cara Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa menggambarkan senario politik negara hari ini. Beliau menyebut: “We need to die to be reborn, to live anew.” (Malaysiakini)

Ini sangat hampir dengan pepatah Cina, 置之死地而后生 zhì zhī sǐ dì ér hòu sheng.

Inilah sebab di sebalik keputusan yang diambil Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP semalam, ekoran daripada usul Muktamar PAS supaya PAS memutuskan hubungan dengan DAP, selain pencabulan Dasar Bersama Pakatan dan prinsip konsensus secara berulang kali. Pakatan Rakyat tidak lagi wujud.

Keputusan untuk memuktamadkan bahawa Pakatan sudah tidak lagi wujud bukanlah langkah mengalah, bahkan satu tindakan untuk mengiktiraf realiti yang disokong dengan harapan dan keyakinan untuk masa akan datang. Continue reading “Let us move on, as there is no time to lose on polemics to rekindle hopes among Malaysians who want change that such a possibility is still alive and relevant in the 14GE through an alignment of political forces”

Kerugian besar dialami PAS

A Shukur Harun
The Malaysian Insider
16 June 2015

Muktamar PAS berlalu dua minggu lalu dengan keputusan pemilihan pucuk pimpinan menolak sepenuhnya golongan sederhana dan progresif menerusi senarai “chai” iaitu kertas yang mengandungi senarai nama calon pimpinan PAS yang perlu dipilih.

Adapun “chai” itu berasal daripada bahasa China yang merujuk kepada ramalan nombor ekor.

Isu “chai” ini walaupun menggamatkan, tetapi ia berlalu dan menjadi bahagian daripada sejarah PAS itu sendiri walaupun tidak pernah difikirkan selama ini.

Kini selepas muktamar berlalu, pelbagai pihak merenung kesannya, iaitu bagaimana ikatan ukhuwah di dalam jemaah atau kasih sayang di kalangan jemaah PAS terhakis, sesuatu yang paling malang. Malah ia menjadi “the biggest casualties” bagi PAS itu sendiri sebagai sebuah parti Islam.

Maknanya, segala usaha pendukung PAS sejak setengah abad untuk memperkukuh ukhuwah di dalam jemaah yang lumpuh akibat perpecahan yang berlaku yang ketara sejak muktamar tahun lalu di Johor dan lebih ketara lagi pada muktamar baru-baru ini. Continue reading “Kerugian besar dialami PAS”

DAP launches Impian Kedah/Perlis as part of Impian Malaysia to promote an inclusive vision to rally all Malaysians, regardless of race, religion, region or class to unite on a common agenda of Malaysian unity, justice and prosperity

Tonight, I am pleased to announce another Impian Malaysia project, Impian Kedah/Perlis, following in the footsteps of Impian Sabah, Impian Sarawak and Impian Kelantan.

The Impian Kedah/Perlis project will be headed by Dr. Mohd Tajuddin Shaffee who is the Kedah Chairman of the Federation of Private Medical Practitioners Associations, Malaysia (FPMPAM) and other members of Impian Kedah/Perlis are Dr. Tan Poh Teng, Nurul Shifa and Abdul Manan.

DAP is launching Impian Kedah/Perlis as part of Impian Malaysia to promote an inclusive vision to rally all Malaysians, regardless of race, religion, region or class to unite on a common agenda of Malaysian unity, justice and prosperity.

Impian Kedah/Perlis, like Impian Kelantan, is born out of the two convictions: Firstly, Malaysia cannot be progressive and prosperous if Kedah and Perlis continue to be poor and backward in infrastructure development.

Secondly, that the people and states of Kedah and Perlis are entitled to the right to development compared to other states and not to be relegated as Malaysia’s poorest state. Continue reading “DAP launches Impian Kedah/Perlis as part of Impian Malaysia to promote an inclusive vision to rally all Malaysians, regardless of race, religion, region or class to unite on a common agenda of Malaysian unity, justice and prosperity”

Kata dah putus hubungan, tapi kenapa susah nak lepaskan jawatan?

Nomy Nozwir
The Malaysian Insider
13 June 2015

Pada minggu lalu, Muktamar PAS kali ke-61 berlangsung dengan menyaksikan golongan pro Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang besar dalam pemilihan parti tersebut.

Kemenangan terbesar golongan yang dikenali sebagai pro ulama ini juga membuat satu resolusi mengatakan akan memutuskan hubungan mereka dengan DAP, tetapi kekal dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ini macam sudah bercerai tapi masih hendak duduk serumah tidur sekatil.

Saya melihat hubungan “menage-a-trois” antara ketiga-tiga parti dalam PR ini sangat unik, memutuskan hubungan tetapi masih dalam satu kumpulan.

Beberapa ahli PAS yang tidak sebulu dengan golongan pro-ulama ini, seperti Mohamad Sabu, melepaskan jawatan sebagai seorang ahli lembaga pengarah di Perbadanan Air Pulau Pinang. Continue reading “Kata dah putus hubungan, tapi kenapa susah nak lepaskan jawatan?”

Time for realignment of political forces to keep alive the hopes of Malaysians for political change in 14th General Elections for an agenda for “Malaysian unity, justice and prosperity”

Today’s event is most significant for two reasons: the completion of the Impian Kelantan project to repair or build 60 houses in Kampung Pasir Tumboh which was destroyed in the Kelantan Great Flood which started on Dec. 22 last year.

Secondly, the announcement of National Laureatte Pak Samad’s membership of the DAP.

Both political coalitions in the country, Barisan Nasional and Pakatan Rakat, are going through an unprecedented turmoil and chaos.

The Umno/Barisan Nasional coalition is fighting a life-and-death struggle with the daily escalation of the titanic Najib-Mahathir battle, with the former Prime Minister trying to save UMNO for he is convinced that UMNO under Najib would lose the next general election.

The Pakatan Rakyat has also come to the end of the road with the PAS Muktamar motion last week cutting ties with the DAP.

Who will win the next general elections? Can UMNO/BN coalition survive for another general election? Continue reading “Time for realignment of political forces to keep alive the hopes of Malaysians for political change in 14th General Elections for an agenda for “Malaysian unity, justice and prosperity””

I agree with several PAS MPs that PAS Muktamar decision to cut ties with DAP is final as PAS Muktamar is the highest decision-making body and there is no complaint that the resolution violates any Islamic law or Hukum

I agree with several PAS MPs that PAS Muktamar decision to cut ties with DAP is final as the PAS Muktamar is the highest decision-making body in PAS and there is no complaint that the resolution to cut ties with DAP violates any Islamic law or Hukum.

I have read the PAS Constitution, and in particular Article 7 which states that PAS Muktamar is the highest decision-making body in the party, unless the PAS Muktamar resolution violates the “hukum yang tertinggi sekali dalam peganan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK, ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata”.

Is there any complaint to the Dewan Syura that the PAS Muktamar motion to cut ties with DAP without debate violates “hukum”?

If there is a complaint that the PAS Muktamar motion to cut off ties with DAP violates “hokum”, who will be the defendants – the PAS President and the entire PAS Ulama leadership?

This is unthinkable.

In fact, the Muktamar motion to cut ties with DAP is meant to be of instant effect, as there is no qualifying clause subjecting it to the review either by the Majlis Syura or the central committee. Continue reading “I agree with several PAS MPs that PAS Muktamar decision to cut ties with DAP is final as PAS Muktamar is the highest decision-making body and there is no complaint that the resolution violates any Islamic law or Hukum”

For close to a year, Pakatan Rakyat existed only in name but not in fact

For close to a year, Pakatan Rakyat existed only in name but not in fact.

For the past year, it was impossible to convene a meaningful Pakatan Rakyat Leadership Council meeting as the two pillars which have seen Pakatan Rakyat posed the greatest challenge to the Umno/BN coalition in the 13th General Elections and even reduced it to a minority government in Putrajaya had been knocked out – the Pakatan Rakyat Common Policy Framework which the three component parties DAP, PKR and PAS had freely, fully and voluntarily agreed in 2008 and the consensus operational principle that the consensus of all the three component parties is the only basis for PR decision-making and no one political leader or political party can exercise a veto power over the others.

The UMNO/BN coalition has lost the trust and confidence of Malaysians because it has demonstrated beyond a shadow of doubt that it has no high political principles and national objectives but only the sordid interest of the UMNO/BN leaders clinging on to power so as to enjoy the perks of power – office, position and money-making opportunities.

The Pakatan Rakyat political coalition cannot make the same mistakes as the UMNO/BN coalition and must always prove that it is motivated by common political principles of justice, freedom and human dignity for the benefit of the people and country, and not opportunistic interests of self, whether for office, position or money-making opportunities.

Otherwise, there will be no difference between the Barisan Nasional and the Pakatan Rakyat coalition. Continue reading “For close to a year, Pakatan Rakyat existed only in name but not in fact”

There is no Pakatan Rakyat if there is no PR Common Policy Framework or PR consensus operational principle

Datuk Seri Anwar Ibrahim’s concern from Sungai Buloh Prison about the fate of Pakatan Rakyat after the PAS Muktamar is the concern of the majority of Malaysians who had voted for PR in the last general elections two years ago, reposing their trust and hopes in PR to spearhead the political, socio-economic, educational and nation-building changes and end the corruption, cronyism and abuses of power rampant in the country if Malaysia is to achieve its full greatness as a nation.

DAP and I reaffirm our commitment to the PR Common Policy Framework and the PR consensus operational principle which had been the basis of PR’s success in the 2013 General Election, which ensured that the Najib government is a minority government for the first time in the nation’s history and denied the UMNO/BN coalition two-thirds parliamentary majority for the second general elections.

The UMNO/BN coalition is on its last legs, but there is no way Malaysians can continue to repose their trust and hope in Pakatan Rakyat if we cannot be steadfast, constant and consistent in our commitment to the PR Common Policy Framework and the PR consensus operational principle. Continue reading “There is no Pakatan Rakyat if there is no PR Common Policy Framework or PR consensus operational principle”

Selepas ‘cai’ tentukan pimpinan PAS

A Shukur Harun
The Malaysian Insider
9 June 2015

Dengan berbekalkan sekeping cai – kertas yang mengandungi senarai nama calon pimpinan PAS yang perlu dipilih – maka perwakilan di muktamar PAS minggu lalu pun mengundi dalam situasi di mana cai itu memberi arahan bisu supaya mengundi nama yang tersenarai dalam cai itu.

Walaupun sebahagian kecil perwakilan tidak menurut ‘arahan ghaib’ cai itu, tetapi kebanyakannya mematuhi arahan supaya mengundi calon yang tersenarai dalam cai itu.

Diberitakan, hampir 80% perwakilan dipengaruhi dengan kertas ‘cai’ itu. Ada pihak yang sempat merakam gambar perwakilan yang sedang ‘khusyuk’ meneliti cai, sebelum mengundi berdasarkan arahan cai tersebut.
Continue reading “Selepas ‘cai’ tentukan pimpinan PAS”

Trouble ahead for Pakatan

– Mohamed Nawab Mohamed Osman
The Malaysian Insider
9 June 2015

The outcome of last week’s PAS annual meeting is likely to change the Malaysian political landscape. It is the first time in nearly three decades that the Islamist party’s leadership has been dominated by leaders from only one faction within the party.

The conservatives (ulama) in the party, made up of religious scholars and clerics, effectively routed its rival reformist faction by winning all the party’s top positions and 17 of the 18 positions in the central committee.

The women, youth and religious scholars’ wings are now dominated entirely by the conservatives, which hold different views from the reformists on the implementation of Islamic criminal law (hudud), and whether PAS should continue to work with the opposition Pakatan Rakyat (PR) coalition.

Significantly, in the aftermath of the win by the ulama, the party has adopted a resolution to break all ties with its opposition partner DAP, throwing into question PAS’s political direction and that of the three-party PR pact. Continue reading “Trouble ahead for Pakatan”

Pakatan Rakyat Selangor is in unchartered waters post-PAS Muktamar

Tony Pua
DAP Selangor Chairman and MP PJ Utara
8th June 2015

The PAS General Assembly (“Muktamar”) has decided to sever all ties (“putus hubungan”) and stop all political cooperation “kerjasama politik” with DAP. As a result, Pakatan Rakyat in Selangor has undoubtedly entered unchartered waters. The only thing certain under such circumstances is that nothing can or will be the same again.

It is inconceivable for anyone to think or believe that Pakatan Rakyat can continue to exist in its current state given the above unequivocal motion. The Pakatan Rakyat government comprises of three political parties which subscribed to a common policy platform. However, when the common policy platform is breached, compounded by the decision of one party to stop cooperation with another within the coalition, then the coalition naturally collapses.

How does the Government function, when the state executive councillors (Exco) of PAS refuses to cooperate with the Exco from DAP when carrying out their respective duties? Can one even imagine how surreal the state Exco meeting will be, with the PAS Exco ignoring the DAP Excos or pretending that they don’t exist? Continue reading “Pakatan Rakyat Selangor is in unchartered waters post-PAS Muktamar”

Post-PAS muktamar scenarios

— Liew Chin Tong
Malay Mail Online
June 7, 2015

JUNE 7 — I have been asked by the media to comment on DAP’s relations with PAS in Johor.

PAS muktamar’s 6th June 2015 approval of a motion to severe ties with DAP, as well as the PAS party polls on 4th June are two key events that set the scene for major realignments in Malaysian politics beyond PAS’ internal dynamics.

The agenda of PAS’ conservatives is to work with Umno with the aim of pushing for hudud legislation. In the mean time, in order to work with Umno and to push for hudud, ties with DAP needed to be severed. To win federal power is not a priority as the conservatives are prepared to accept Umno’s continous rule.

The progressives, who became a significant force in PAS after Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sacking in 1998, aspire to defeat Umno and its associated racial politics. As it is realistic to expect PAS not to win enough seats on its own to form the federal government , cooperation with DAP via a consensus-based common policy platform is deemed the pragmatic route.

The defeat of the progressives and the motion to severe ties with DAP gives rise to new situations and scenarios. Continue reading “Post-PAS muktamar scenarios”

PAS dan tragedi sebuah kesombongan

– Muhamad Takiyuddin Ismail
The Malaysian Insider
7 June 2015

Bagi pemerhati dan penganalisis yang mengikuti perkembangan dalam PAS secara neutral, agak sukar untuk tidak berasa sedih apabila melihat perkembangan yang berlaku dalam Muktamar PAS ke-61 yang baru berlangsung.

Hal ini lebih dirasakan apabila seseorang mengikuti dengan lebih dekat dan menyaksikan sendiri muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. Pergelutan kuasa yang berlaku sekian lama antara kem agamawan dan kem progresif menemui penamatnya dengan penguasaan menyeluruh kem agamawan.

Di sebalik semua label dan alasan ketidaksenangan yang dimomokkan terhadap golongan progresif ini, tidak ada faktor yang dianggap lebih berperanan penting selain “kesombongan”. Kesombongan merupakan faktor yang menggarisbawahkan keterpinggiran golongan progresif ini dalam PAS. Continue reading “PAS dan tragedi sebuah kesombongan”