— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Aug 04, 2012
4 OGOS — Semalam (Jumaat) Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, telah menerima surat dari Perdana Menteri Najib meminta kerajaan Kelantan menghantar wakil untuk berbincang tentang royalti minyak yang menjadi tuntutan rakyat negeri itu sejak beberapa lama yang lalu.
Jumlah tuntutan tertunggak ialah sebanyak RM7.4 billion dan sampainya surat ini menunjukkan bahawa rakyat Kelantan merupakan rakyat yang faham tentang apa yang mereka inginkan sebagai rakyat sebuah negeri yang menjadi sebahagian dari sebuah negara Persekutuan ini.
Saya secara peribadi menerima berita ini dengan perasaan yang agak lega walaupun kita belum tahu lagi keputusan perbincangan itu jika ia benar-benar diadakan. Kita berharap perbincangan ini benar-benar melaksanakan slogan “Janji Ditepati” yang juga dengan rasa tidak malu menggunakannya sebagai slogan hari kemerdekaan negara tahun ini.
Jika berjaya pun perbincangan itu, pembayarannya mesti berlaku sebelum pilihanraya ini kerana jika persetujuan untuk menghormati perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dan kerajaan Kelantan pada 27hb Mei 1975 dahulu. Perjanjian itu ditandatangani oleh Tengku Razaleigh yang mewakili Petronas dengan Menteri Besar PAS, Datuk Mohammad Nasir. Continue reading “Isu royalti minyak Kelantan: Perjanjian yang tidak dihormati”