Masanya sudah tiba untuk kita berusaha bersama demi merealisasikan Impian Malaysia, dan menyelamatkan rakyat daripada ‘Mimpi Ngeri Malaysia’ yang panjang ini
Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Bajet 2014 mengenai Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-jabatan yang lain termasuk Majlis Keselamatan Negera (MKN), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Biro Tatanegara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Pejabat-pejabat Setiausaha Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang mati ditembak di Kuantan, Pahang; keluarga Allahyarham Norazita Abu Talib, yang menjadi mangsa rompakan Ambank tempoh hari; serta Allahyarham Hussain Ahmad Najadi, yang turut menjadi mangsa tembakan beberapa lama dahulu.
Kesemua mangsa jenayah ini adalah korban-korban tidak berdosa akibat daripada kelalaian dan kerakusan pihak yang berkenaaan mengejar kuasa dan jawatan, sehingga mengabaikan persoalan integriti, tanggungjawab kepada negara dan impian besar rakyat Malaysia.
Saya juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa warga Taiwan dalam tragedi pembunuhan dan penculikan di Pulau Pum-Pum beberapa hari sudah. Ternyata Eastern Sabah Security Command (Esscom) tidaklah efektif dalam menjaga keselamatan negara sungguhpun ia ditubuhkan sebagai tindakbalas terhadap peristiwa pencerobohan di Lahad Datu. Walaupun Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri menyifatkan ini sebagai kejadian terpencil, nyawa yang hilang pasti tidak dapat diganti. Keyakinan rakyat terhadap kesungguhan pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara dan rakyat jelata sekali lagi berkecai.
Continue reading “Masanya sudah tiba untuk kita berusaha bersama demi merealisasikan Impian Malaysia, dan menyelamatkan rakyat daripada ‘Mimpi Ngeri Malaysia’ yang panjang ini”