Parlimen ke-12 sepatutnya dibubarkan hari ini bagi membolehkan berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13, dengan pencalonan pada 16 Mac dan pembuangan undi pada 30 Mac.
Akan tetapi 22 Febuari akan datang dan berlalu tanpa sebarang pembubaran Parlimen, dengan spekulasi bahawa tarikh pembubaran dianjakkan antara 15 – 21 Mac dengan tarikh pembuangan undi pada minggu pertama atau kedua April (dijangkakan pada minggu kedua supaya ramai pengundi Cina di negeri lain tidak akan membuang undi kerana mereka dijangka tidak akan pulang ke kampong halaman sekali lagi selepas pulang ke sana minggu sebelumnya bagi menyambut perayaan Qing Ming yang akan jatuh pada 5 April).
Saya dimaklumkan pertama kali tentang pembubaran Parlimen pada 22 Febuari selepas mensyuarat peringkat tertinggi strategis politik Perdana Menteri di Putrajaya pada hari yang sama, dan lima minggu selepas itu, ia menjadi tarikh yang terus dispekulasikan sebagai tarikh paling “hangat”untuk pembubaran Parlimen PRU13.
Namun jelas dengan kesilapan demi kesilapan, Datuk Seri Najib Razak kekurangan keyakinan terhadap persediaanya untuk Pilihan Raya Umum ke-13 dan kemampuan untuk melepasi ujian Mahathir oleh mantan Perdana Menteri pada 31 Januari tahun ini.
Pada Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15 mantan Perdana Menteri yang berkhidmat paling lama serta menjadi kuasa sebenar di belakang takhta UMNO secara terbuka merumuskan “ujian Mahathir” untuk Najib di dalam PRU13 – iaitu tidak cukup bagus untuk Najib sekadar menang dan beliau sepatutnya melepaskan jawatan dan memberikan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri jika UMNO/Barisan Nasional Cuma mendalam majority tipis di dalam PRU13, yakni tanpa memperolehi majority dua pertiga parlimen untuk Barisan Nasional.
Akan tetapi sehingga Tahun Baru Cina pada 10 Febuari, dengan Psy dan Gangnam Style yang berharga jutaan ringgit untuk Tahun Baru Cina Pulau Pinang pada 11 Febuari, Najib masih sangat yakin bahawa beliau bersedia untuk pembubaran Parlimen pada 22 Febuari.
Namun Gangnam Style dan Psy terbukti senjata makan tuan, memandangkan kemunculan Psy di Pulau Pinang bukan sahaja satu kegagalan, akibat buruknya tersebar seluruh negara sepertimana yang digambarkan oleh sambutan dingin yang diterima Najib apabila beliau cuba mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dong Zong enam hari selepas kesan Psy. Continue reading “Pengiraan Detik 48 Hari ke PRU13: Najib ke arah mencipta rekodnya yang ketiga sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi mengelakkan daripada menjadi Perdana Menteri UMNO/BN terakhir lantas memenuhi ramalan “RAHMAN””