Saifuddin Abdullah
Sinar Harian
3 OGOS 2015
MINGGU lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuduh DAP “cauvinis” kerana ingin mengadakan semula pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Enam bulan terdahulu, beliau menyatakan yang pilihan raya tersebut akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.
Saya tidak terlibat dengan perselisihan antara beliau dengan DAP. Tetapi, saya tidak bersetuju dengan pendapatnya tentang hak orang Melayu dalam konteks pilihan raya PBT.
Pada 13 Mac 2015, saya telah menyampaikan syarahan khas bertajuk “Adakah Pilihan Raya PBT Menghakis Hak Keistimewaan Melayu” di Persidangan PBT di Malaysia: Menilai Laporan Athi Nahappan Untuk Masa Kini, anjuran Penyelidikan Untuk Kemajuan Sosial (REFSA). Teks syarahan itu diterbitkan dalam REFSA Quarterly, Isu 1 2015.
Saya mula berbicara dan menyokong diadakan semula pilihan raya PBT sejak 1986. Saya pernah menjadi Ahli Majlis PBT Temerloh selama enam bulan, pada 2007, iaitu sebelum menjadi Ahli Parlimen Temerloh pada 2008-2013. Oleh kerana pada saya, Majlis Daerah dan Majlis PBT tidak partisipatori dan representatif, maka, sebagai Ahli Parlimen, saya telah menubuhkan mini-parlimen tempatan, iaitu Majlis Perundingan Parlimen Temerloh. Continue reading “Pilihan raya lokal hakis hak Melayu?”