Situasi buntu di Lahad Datu dengan 150 orang penceroboh Sulu menimbulkan banyak tanda tanya.
Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein berkata bahawa Kementerian Dalam Negeri menyerahkan kepada Wisma Putra untuk membuat keputusan berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan masa bagi pengusiran kumpulan penceroboh di Lahad Datu akan tetapi lanjutan sedemikian “tidak boleh terlalu panjang, memandangkan kementerian tidak akan berkompromi dengan perkara yang mampu mengancam kedaulatan negara”.
Jelas, Menteri Dalam Negeri tidak senada dengan majoriti rakyat Sabah dan Malaysia yang sama-sama merasakan bahawa kedaulatan dan keselamatan negara telah dikompromi pada permulaan pencerobohan itu lagi dan situasi buntu dengan 150 militia Sulu dalam kawasan Sabah di Kampong Tanduo dalam Felda Sahabat, Lahad Datu sejak 9 Febuari.
Berkenaan isu sama ada kedaulatan dan keselamatan negara telah diancam oleh pencerobohan yang kononnya tentera Kesulatanan Sulu, kebanyakkan rakyat Malaysia terbukti lebih patriotik berbanding Menteri Dalam Negeri sendiri dalam hal ini.
Sebenarnya, soalan yang semakin ditanya-tanya rakyat Malaysia adalah mengapa Hishammuddin menyerahkan kepada Wisma Putra bukannya kepada Kementerian Pertahanan? Continue reading “Situasi di Lahad Datu dengan 150 orang penceroboh Sulu menimbulkan semakin banyak tanda tanya – mengapa Hishammuddin menyerahkan kepada Wisma Putra dan bukannya Menteri Pertahanan?”