Perkara 55(3) Perlembagaan Malaysia menyebut:
“55(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.”
Parlimen ke-12 dipilih pada 8 Mac, 2008 – hari membuang undi untuk pilihan raya umum ke-12.
Mesyuarat pertama Parlimen yang terkini adalah pada 28 April, 2008. Di bawah perkara 55(3), melainkan Parlimen dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen ke-12 akan terbubar dengan sendirinya pada 27 April, 2013.
Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datuk Seri Najib Razak adalah Perdana Menteri tanpa mandatnya sendiri yang paling lama memerintah – jauh lebih lama berbanding empat Perdana Menteri sebelumnya iaitu Tun Abdullah, Tun Mahathir, Tun Hussein and his father Tun Razak.
Beliau sepatutnya membubarkan Parlimen pada 8 Mac 2013 apabila berakhirnya penggal 5 tahun Parlimen dan bukannya menggunakan Perkara 55(3) Perlembagaan Malaysia untuk menjamin 50 hari lagi sebagai Perdana Menteri yang tidak dipilih. Continue reading “Pengiraan Detik 93 Hari ke PRU13 – Najib sepatutnya membubarkan Parlimen pada 8 Mac sempena berakhirnya penggal 5 tahun Parlimen bukannya menggunakan Perkara 55(3) Perlembagaan Malaysia untuk menjamin 50 hari lagi sebagai PM yang tidak dipilih”