Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan dalam ucapan beliau ketika pembukaan Muktamar PAS ke-58 pagi ini bahawa PAS bersedia untuk mengambil alih kuasa persekutuan dengan teman-teman lain dalam Pakatan Rakyat.
Rakyat Malaysia kini dalam dilema pada Pilihan Raya Umum ke-13, untuk membuat keputusan sama ada Malaysia patut mempunyai sebuah permulaan baru dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru di Putrajaya, atau sama ada rasuah, salahguna kuasa, ketidakadilan dan ketidaksamarataan Umno/Barisan Nasional perlu terus menggelapkan masa depan, harapan dan kehendak rakyat.
Terdapat dua prasyarat untuk Pakatan Rakyat menewaskan Umno/Barisan Nasional dalam pertembungan merebut Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Perkiatan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP mestilah mampu meyakinkan rakyat Malaysia kepada dua perbezaan penting antara Pakatan Rakyat dengan perikatan Umno/Barisan Nasional. Continue reading “Dua prasyarat untuk PR menewaskan Umno/BN dalam pertembungan merebut Putrajaya pada PRU13”