Hukuman penjara satu bulan berserta dengan denda maksimum RM1,000 terhadap mahasiswa yang menyertai “Occupy Dataran” Umar Mohd Azmi telah menjadi peristiwa menggemparkan negara juga antarabangsa kerana benar-benar merupakan satu peringatan dasyat dan memeranjatkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 bahawa meskipun terdapat laungan slogan tentang program transformasi kerajaan, ekonomi, pendidikan, sosial dan politik, sistem keadilan jenayah di Malaysia masih teruk di bawah empat tahun pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.
Jika tidak kerana saya sekarang berada di Sydney sudah tentu saya akan melawat khemah protes yang didirikan aktivis mahasiswa di luar penjara Kajang untuk menzahirkan sokongan , simpati dan solidariti saya bersama Umar terhadap ketidakadilan hukuman berat yang dikenakan keatasnya kerana menghalang pegawai awam melaksanakan tugas.
Mengapa Umar dikenakan hukuman yang berat dengan denda maksimum RM1,000 berserta satu bulan penjara, sekiranya hukuman maksimum untuk kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang kakitangan awam menjalankan tugas mereka adalah maksimum tiga bulan penjara atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali? Continue reading “Hukuman penjara satu bulan terhadap mahasiswa yang menyertai “Occupy Dataran” Umar Mohd Azmi merupakan satu peringatan dasyat dan memeranjatkan sebelum PRU13 bahawa walaupun di bawah Najib sebagai PM, sistem keadilan jenayah masih teruk”