By Aspan Alias | February 27, 2012
The Malaysian Insider
27 FEB — Selepas arahan dari Putrajaya, kini rakyat sedang berhadapan dengan isu berapa kah “settlement figure” yang sebenarnya yang telah ditetapkan untuk penyelesaian diluar mahkamah diantara Tajudin Ramli dengan MAS. Rakyat ingin tahu kerana semua wang yang terlibat dalam kes ini adalah wang rakyat. Tidak perlu menyalahkan sesiapa termasuk parti-parti pembangkang kerana apa yang berlaku dalam kes ini adalah di sebabkan oleh kelemahan dasar dan perlaksanaan kerajaan.
Semasa Tajudin mengambil alih MAS dalam proses perlaksanaan dasar “pengswastaan” kerajaan dahulu, banyak pihak telah membuat kritikan terhadap kerajaan pimpinan Dr Mahathir tetapi maklum sajalah Dr Mahathir tidak peduli dengan pandangan ramai kerana beliau berkata pengswastaan MAS itu adalah satu perkara yang “necessity”’ untuk dilakukan.
Pandangan pihak lain tidak perlu diambil kira. Entah apa sebabnya MAS yang begitu berjaya semasa itu hendak diswastakan sedangkan syarikat penerbangan kepunyaan kerajaan itu sangat maju dan MAS adalah diantara syarikat penerbangan yang “premium” dipesada antarabangsa. Hanya Dr Mahathir sahaja yang tahu kenapa ianya dilakukan.
Continue reading “Alangkah leganya jika terlepas dari cengkaman ‘bapa-bapa ayam’ ini”