— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Aug 08, 2011
8 OGOS — Isu besar yang hangat diperkatakan hari ini ialah isu pendatang asing yang menjadi pemastautin telah diberikan kerakyatan dan terus diberikan hak mengundi.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang telah menghantar surat hari ini untuk mendesak persidangan Parlimen tergempar dipanggil untuk membincangkan isu seramai 1,600 orang pemastautin tetap yang dikatakan diberikan kerakyatan penuh untuk memudahkan mereka menjadi pengundi semasa pilihan raya umum yang akan datang.
Jika isu ini benar ia merupakan isu yang sangat besar dan merbahayakan negara serta Sistem Raja Berpelembagaan Negara kita. Kita sedang menghadapi masalah besar di Sabah tentang isu ini dan kita masih lagi tidak mahu belajar dari kesilapan ini semata-mata kerana ingin mempertahankan kuasa yang kita anggap sudah sampai ketepian itu.
Isu pendatang asing menjadi pengundi ini memang telah lama kita dengar malahan ada di antara rakan saya sendiri pernah di tahan kerana dituduh mengeluarkan kad pengenalan palsu untuk kegunaan dalam pilihan raya. Jika apa yang dituduh ini benar ianya serupalah seperti memanggil orang luar untuk membantu memerangi bangsa dan rakyat kita sendiri. Continue reading “Betulkah pemastautin diberi hak mengundi?”