— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Sep 14, 2012
14 SEPT — Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negerinya jika pilihanraya di adakan pada bulan November atau sebelumnya. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak akan bersama dengan negeri-negeri lain dengan membubarkan DUN jika Najib mengumumkan pembubaran Parlimen seperti yang lazim di lakukan oleh mana-mana negeri di masa-masa yang lalu.
Kita sudah mendengar pendirian dari Kelantan yang berpendapat tidak mempunyai masalah untuk membubarkan DUNnya mengikut tarikh yang akan di umumkan oleh Najib. Kita masih lagi menunggu respon P. Pinang dalam hal ini.
Sesungguhnya Selangor adalah salah sebuah negeri berdaulat yang berada di dalam Persekutuan Malaysia dan negeri itu berhak untuk membubarkan atau tidak Dewan Legislatifnya. Tidak ada pihak lain berhak untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi negeri yang berdaulat itu.
Pendirian negeri Selangor iru bersebab dan bukannya membuat keputusan itu semata-mata kerana hendak berlainan dari negeri-negeri lain. Selangor telah menjadi medan pihak yang inginkan kembali berkuasa dengan melakukan berbagai-bagai tektik kotor yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Pihak BN telah menambah lebih dari empat ratus ribu pengundi yang dipersoalkan “legitimacy”nya sebagai pengundi. Continue reading “Rakyat asing-BN vs rakyat berdaulat Selangor-Pakatan Rakyat”