Perkara yang sedang hangat diperkatakan hari ini ialah senjata rahsia PRU13 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menarik 60,000 orang hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang di sekolah Han Chiang pada 11 Febuari dengan menjemput bintang Korea Selatan, Psy untuk mempersembahkan Gangnam Style.
Jemputan kepada Psy akan mengakibatkan kos yang besar buat UMNO/BN dan akhirnya rakyat Malaysia sendiri, termasuklah Najib dan pemimpin UMNO/BN, dan terlepas titik paling penting jemputan buat Psy untuk Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Najib di Pulau Pinang.
Malaysia tidak seharusnya cuma memuja Psy dan Gangnam Style tetapi fahamilah pengajaran paling penting bahawa UBAH dalam PRU13 adalah prasyarat untuk Malaysia melakukan peningkatan besar menjadi sebuah negara maju seperti Korea Selatan.
Pemimpin UMNO/BN telah cuba untuk menakut-nakutkan pengundi Malaysia dengan memberi amaran bahawa sekiranya berlakunya perubahan pada Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam PRU13, akan berlaku huru-hara seperti negara yang mengalami “Kebangkitan dunia Arab” dan Malaysia akan muflis dalam masa lima, tiga atau dua tahun – bergantung pada pemimpin mana yang mengatakannya!
Mengapa rakyat Malaysia mahukan perubahan ketika PRU13? Adakah pemimpin Pakatan Rakyat dan pengundi Malaysia yang menyokong diakhiri hagemoni 55 tahun UMNO dan kerajaan satu perikatan BN mahukan huru-hara di dalam negara dan Malaysia muflis dalam masa dua, tiga atau lima tahun lagi? Continue reading “Pengiraan Detik 67 Hari ke PRU13 – Jangan hanya memuja Psy dan Gangnam Style tetapi fahamilah pengajaran paling penting bahawa UBAH dalam PRU13 adalah prasyarat untuk Malaysia melakukan peningkatan besar menjadi sebuah negara maju seperti Korea Selatan”