— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Jun 10, 2012
10 JUN — Sampai bila pemimpin-pemimpin kerajaan (BN) hendak berperang dengan rakyat? Perbalahan tentang isu PTPTN berlarutan sehinggakan TS Muhyiddin dan Menteri Pendidikan Tinggi telah bertindak untuk menjadikan mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) mangsa pertembungan diantara kerajaan dan PR dengan melakukan tindakan yang paling bodoh (maaf kerana menggunakan istilah bodoh) yang dipamerkan oleh pemimpin-pemimpin setinggi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri yang bertanggungjawab terhadap pendidikan tinggi negara.
Kalau kita amati secara halus ramai pemimpin yang pandai-pandai telah menjadi bodoh apabila menjadi pemimpin Umno Baru. Terlalu jelas yang pimpinan tertinggi Umno Baru yang mengaku untuk mendahului rakyat tidak mampu untuk mempertahankan janji-janji untuk menjadi pemimpin yang ‘magnanimous’ sepenuhnya jika dimandatkan oleh rakyat lagi sekali.
Membekukan permohonan pelajar UNISEL untuk mendapatkan PTPTN ini menunjukkan yang pemimpin-pemimpin yang terlibat sesungguhnya tidak mempunyai daya kepimpinan yang sejajar dengan cita-cita untuk menjadi pemimpin negara yang berangan-angan untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju. Kemajuan negara bermula dengan kemajuan cara berfikir dan tindakan yang setanding dengan pemikiran pemimpin negara maju yang demokratik. Continue reading “Jangan tunjukkan sangat sikap ‘inferiority’ itu”