Mahathirsime kembali lagi, dengan kengerian dan kebinatangan bersamanya.
Manifestasi terkini kembalinya Mahathirisme adalah melalui tuduhan liar di dalam politik Malaysia – bahawa pemimpin Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang sebenar di dalam penipuan “kewarganegaraan untuk undi” di Sabah pada tahun sembilan puluhan yang dikenali sebagai “Projek M”.
Bilakah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mula menyedari yang Anwar merupakan dalang projek yang dinamakan “Projek M” sempena namanya?
Jelas bukan pada 16 Januari, 2013 apabila pendedahan di Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah terhadap pendatang tanpa izin melibatkan dua orang kanan Mahathir, bekas Timbalan Menteri Dalam negeri, Megat Junid Megat Ayub dan bekas Setiausaha Politik Abdul Aziz Shamsuddin dalam penipuan “Projek M” dari tahun 1990 – 1995 yang mengeluarkan beratus ribu kad pengenalan biru palsu dan surat pengesahan surat beranak sebagai tukaran untuk undi kepada pendatang tanpa izin.
Bukan juga pada hari berikutnya pada 17 Januari apabila buat pertama kalinya dalam dua dekad Mahathir secara terbuka mengakui kewujudan “Projek M” tetapi mempertahankannya sebagai mengikut undang-undang berdasarkan hujah pendatang tanpa izin Filipina boleh berbahasa Melayu dan “mempunyai hak untuk menjadi warga negara”, sambil melemparkan penghinaan kepada nama baik Tunku Abdul Rahman dengan menuduh Bapa Malaysia telah melakukan perkara yang lebih buruk kerana memberikan kewarganegaraan kepada satu juta orang yang tidak layak sebelum Merdeka, rungutan yang tiada siapa menjadikannya satu isu. Continue reading “Pengiraan Detik 69 Hari ke PRU13 – Mahathirisme kembali lagi dengan kengerian dan kejahatan”