Pengiraan Detik 43 Hari ke PRU13 – Apakah Transparency International Malaysia boleh memadam dan membatalkan penandatangan kepada Ikrar Integriti Pilihan Raya yang terang-terangan melanggar empat prinsipnya menjelang PRU13?

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengikut jejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat kerana enggan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia (TIM) yang telah ditandatangani Perdana Menteri Rabu lalu.

Adnan mengulangi topik lama bahawa pemimpin Pakatan Rakyat enggan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TIM kerana mereka menyembunyikan sesuatu dan mereka masih ragu-ragu sama ada perikatan oposisi mampu metadbir negara dengan bertanggungjawab jika mendapat kuasa.

Bercakap ketika pembukaan mesyuarat Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Kuantan pada Ahad, Adnan berkata: “jika berlaku salah guna kuasa nanti mereka tidak mahu bertanggungjawab dan memberi alasan bahawa mereka tidak sign ikrar tersebut.”

Saya terkejut dengan hujah tidak masuk akal yang dilontarkan seorang Menteri Besar, mengabaikan terus undang-undang, ajaran agama dan etika terhadap rasuah dan salahguna kuasa.

Adakah Adnan benar-benar bermaksud bahawa pemimpin Barisan Nasional, baik di perinkat negeri atau negara, baik Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Menteri-Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco Negeri boleh didakwa mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa semata-mata kerana mereka belum lagi menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI?

Alasan tempang dari pemimpin UMNO/BN seperti itulah yang telah membangkitkan persoalan dan kebimbangan sama ada

Ikrar Integriti Pilihan Raya TIM bermakna atau sama ada digunakan untuk “membersihkan” semua rasuah dan salahguna kuasa yang telah dilakukan pemimpin UMNO/BN dulu baik di peringkat negara atau negeri. Continue reading “Pengiraan Detik 43 Hari ke PRU13 – Apakah Transparency International Malaysia boleh memadam dan membatalkan penandatangan kepada Ikrar Integriti Pilihan Raya yang terang-terangan melanggar empat prinsipnya menjelang PRU13?”

Pengiraan Detik 44 Hari ke PRU13 – Sekiranya Suharto atau Marcos telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sewaktu di puncak kuasa, apakah akan memperhebat atau mencemar ikrar itu?

Saya tidak terkejut bahawa tiada sebarang jawapan atau apa-apa saja daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Kabinet atau UMNO/Barisan Nasional terhadap cadangan saya di Kuching semalam supaya dilampirkan 10 Poin Tambahan kepada Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) bagi memastikan penandatangan menurunkan tandatangan ke atas dokumen yang bermakna supaya membawa era baru integrity dan tadbir urus baik dan bukan sekadar aksi publisiti yang tidak memberikan apa-apa kesan terhadap kualiti integriti dan tadbir urus baik kerajaan akan datang.

Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI sebelum Najib menurunkan tandatangan dengan heboh Rabu lalu.

Disebabkan Najib telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI yang maka timbul keraguan tentang tujuan dan makna menandatangi ikrar sedemikian, memandangkan sepanjang empat tahun sebagai Perdana Menteri, Najib tidak pernah menunjukkan sebarang iltizam atau keseriusan untuk memerangi rasuah dan salahguna kuasa.

Ini sebabnya mengapa Malaysia telah menjunam ke kedudukan terburuk dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) TI sepanjang empat tahun beliau menjadi Perdana Menteri dari 2009 ke 2012 berbanding 18 tahun lalu.

Bagaimana Najib dapat meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau kini telah “bertukar haluan” memerangi rasuah dan salahguna kuasa apabila Malaysia sepanjang empat tahun lalu paling korup dalam tempoh 56 tahun jika dibandingkan dengan lima Perdana Menteri sebelumnya, baik Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir atau Tun Abdullah?

Bolehkah dengan menurunkan tandatangan pada Ikrar Integriti Pilihan Raya TI Najib menyucikan dirinya daripada semua kegagalan untuk memeriksa rasuah dan salahguna kuasa sepanjang empat tahun lalu atau penglibatannya sendiri dalam urusan rasuah dan salahguna kuasa? Continue reading “Pengiraan Detik 44 Hari ke PRU13 – Sekiranya Suharto atau Marcos telah menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sewaktu di puncak kuasa, apakah akan memperhebat atau mencemar ikrar itu?”

43-Days to 13GE – Has Transparency International Malaysia provisions to delete and disqualify signatories to its Election Integrity Pledge who blatantly violate its four principles in the run-up to the 13GE?

The Pahang Mentri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob has followed in the footsteps of the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak and the Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz to criticise Pakatan Rakyat leaders for their reluctance to sign the Transparency International-Malaysia’s (TIM) Election Integrity Pledge which was signed with such fanfare by the Prime Minister last Wednesday.

Adnan repeated the “old chestnut” that Pakatan Rakyat leaders are reluctant to sign the TIM Election Integrity Pledge because they have something to hide and that they are still doubtful whether the opposition coalition could responsibly run the country if they come to power.

Speaking at the opening of a meeting of the Pahang branch of the Malaysian Trades Union Congress in Kuantan on Sunday, Adnan said : “In future, if they abuse their powers, then the opposition leaders will give the excuse that they did not sign the integrity pledge to escape.”

I am shocked at such nonsensical argument spouted by a Mentri Besar, completely ignoring the laws of the land, religious teachings and ethics against corruption and abuses of power.

Is Adnan seriously suggesting that all the Barisan Nasional leaders, whether at the national or state levels, whether Prime Minister, Deputy Prime Minister, Ministers, Mentri-Mentri Besar, Chief Ministers and State Excos can claim entitlement to corrupt practices and abuses of power solely on the excuse that they had not yet signed the TI Election Integrity Pledge?

It is these lame excuses of UMNO/BN leaders which have raised questions and concerns whether the TIM Election Integrity Pact is meaningful or whether it is being used to “whitewash” all the corruption and abuses of power which have been committed by UMNO/BN leaders whether at the national or state levels in the past. Continue reading “43-Days to 13GE – Has Transparency International Malaysia provisions to delete and disqualify signatories to its Election Integrity Pledge who blatantly violate its four principles in the run-up to the 13GE?”

44-Day Countdown to 13GE – If Suharto or Marcos had signed an Election Integrity Pledge at the height of their power and office, would it enhance or discredit such a pledge?

I am not surprised that there has been no response whatsoever whether from the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak, the Cabinet or UMNO/Barisan Nasional coalition to my proposal in Kuching yesterday to attach a 10-Point Addendum to the Transparency International (TI) Election Integrity Pledge to ensure that signatories are signing a meaningful document to usher in a new era of integrity and good governance rather than being involved in a pure publicity stunt which will have absolutely no bearing or influence on the the quality of integrity and good governance of future governments.

Several Pakatan Rakyat MPs have signed the TI Election Integrity Pledge even before Najib appended his signature with great fanfare last Wednesday.

But it is precisely because Najib had signed the TI Election Integrity Pledge that grave doubts have been raised about the purpose and meaningfulness in signing such a pledge, as in his four years as Prime Minister, Najib had not shown any commitment or seriousness to combat corruption and abuses of power.

This is why Malaysia had plunged to the worst rankings in the annual TI Corruption Perception Index (CPI) in his four years as Prime Minister from 2009 to 2012 as compared to the past 18 years.

How can Najib convince Malaysians that he is now a “convert” in the fight against corruption and abuses of power when Malaysia in the past four years is most corrupt in the nation’s 56-year history when compared to the previous five Prime Ministers, whether Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir or Tun Abdulah?

Can Najib’s signing of the TI Election Integrity Pledge absolve him of all the failures to check corruption and abuses of power in the past four years or his own involvements in corrupt deals and abuses of power? Continue reading “44-Day Countdown to 13GE – If Suharto or Marcos had signed an Election Integrity Pledge at the height of their power and office, would it enhance or discredit such a pledge?”

Pengiraan Detik 45 Hari ke-PRU13 – Cadangan untuk tambahan 10 poin kepada Ikrar Integriti Pilihan Raya TI bagi memastikan mereka yang menurunkan tandatangan menandatangani dokumen yang bermakna dalam mewujudkan era baru integriti

Agak menghiburkan melihat pemimpin UMNO/Barisan Nasional cuba membesar-besarkan kenyataan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang menyuarakan keraguan terhadap autoriti, kewibawaan dan keabsahan Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah menandatangani ikar itu.

Ini kerana Najib perlu memikul tanggungjawab penuh terhadap menjunamnnya Malaysia ke kedudukan paling rendah Indeks Persepsi Rasuah tahunan TI sejak 18 tahun lalu.

Sejurus selepas kenyataan Najib di Kuching pada Jumaat bahawa pemimpin Pakatan Rakyat sepatutnya mendatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI sekiranya mereka beriltizam dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz segera mengikuti, secara dramatiknya menyatakan semalam bahawa “Apabila tiba masanya, saya akan tandatangan untuk menegaskan bahawa saya tidak terlibat di dalam rasuah, jenayah dan tiada berhutang dengan kerajaan”.

Terima kasih banyak-banyak kepada Nazri, dia telah mengingatkan rakyat Malaysia bahawa Najib telah gagal untuk membuat penegasan sedemikian apabila menandatangi Ikrar Integriti Pilihan Raya TI pada Rabu bahawa beliau tidak terlibat di dalam rasuah, jenayah dan tidak sebarang hutang dengan kerajaan!

Adakah Najib akan mengadakan majlis menandatangan semula Ikrar Integriti Pilihan Raya TI supaya beliau boleh secara tegas membuat pengisytiharan seperti itu, atau ia disebabkan seperti yang disebut Nazri, beliau “takut dan menyembunyikan sesuatu”? Continue reading “Pengiraan Detik 45 Hari ke-PRU13 – Cadangan untuk tambahan 10 poin kepada Ikrar Integriti Pilihan Raya TI bagi memastikan mereka yang menurunkan tandatangan menandatangani dokumen yang bermakna dalam mewujudkan era baru integriti”

Najib telah melanggar Ikrar Integriti Pilihan Raya sekurang-kurangnya lima kali ketika Tahun Baru Cina

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak datang ke Kuching pada hari Jumaat dan berlagak dengan Ikrar Ingeriti Pilihan Raya Transparency International (TI) yang beliau tandatangani pada hari Rabu dan mengatakan bahawa pemimpin Pakatan Raktat patut menandatangani ikrar itu jika mereka beriltizam dalam memerangi rasuah dan salahguna kuasa.

Beliau berkata: “Mereka selalu menuduh Barisan Nasional dengan bermacam perkara, tetapi kita sanggup menandatangani ikrar, jadi kalau mereka betul-betul komited mereka juga patut menandatangan.”

Najib sebenarnya telah memberikan dengan baik sebab mengapa saya, contohnya, berasa ragu-ragu terhadap menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya TI selepas Najib menandatanganinya!

Tidak dipersoalkan lagi iltizam saya dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa setelah saya mendedikasikan hampir setengah abad hidup saya dalam politik Malaysia, akan tetapi persoalannya sama ada iltizam saya memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan menjadi jenaka dan penghinaan sekiranya saya menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya selepas Najib menandatanganinya!

Pertama, adakah Najib ikhlas dan serius dalam menandatanangi Ikrar Integriti Pilihan Raya, yang menetapkan empat prinsip untuk penandatangan perhatikan ketika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, yakni:

  • Kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dengan amalan rasuah dalam apa jua cara;
  • Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan;
  • Tadbir urus yang baik serta ketelusan; dan
  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan Malaysia.

Continue reading “Najib telah melanggar Ikrar Integriti Pilihan Raya sekurang-kurangnya lima kali ketika Tahun Baru Cina”

45-Day Countdown to 13GE – Proposal for a 10-point addendum to TI’s Election Integrity Pledge to ensure signatories are signing a meaningful document to usher in a new era of integrity

It is quite entertaining to see UMNO/Barisan Nasional leaders trying to create a song and dance on statements by Pakatan Rakyat leaders voicing reservations about the authority, credibility and legitimacy of Transparency International’s (TI) Election Integrity Pledge after the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak, had signed the pledge.

This is because Najib must bear full responsibility for Malaysia plunging to the lowest rankings of the annual TI Corruption Perception Index (CPI) in the past 18 years.

Swiftly after Najib’s statement in Kuching on Friday that Pakatan Rakyat leaders should sign the TI Election Integrity Pledge if they are committed in fighting corruption and abuse of power, the Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Nazri Aziz quickly followed suit, dramatically declaring yesterday that “When the time comes, I will sign to affirm that I am not involved in corruption, crime and have no debt with the government”.

Many thanks to Nazri, for he had reminded every Malaysian that Najib had failed to make such an affirmation when signing the TI Election Integrity Pledge on Wednesday that he is not involved in corruption, crime and have no debt with the government!

Is Najib going to have a re-signing ceremony for the TI Election Integrity Pledge so that he could categorically and unequivocally make such a declaration, or is it because to use Nazri’s words, he is “scared and have something to hide”? Continue reading “45-Day Countdown to 13GE – Proposal for a 10-point addendum to TI’s Election Integrity Pledge to ensure signatories are signing a meaningful document to usher in a new era of integrity”

Najib has violated the TI Election Integrity Pledge at least five times during the Chinese New Year

The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak came to Kuching on Friday and boasted about the Transparency International (TI) Election Integrity Pledge which he signed on Wednesdy and declared that Pakatan Rakyat leaders too should sign the pledge if they are committed in fighting corruption and abuse of power.

He said: “They have been accusing Barisan Nasional of all kinds of things, yet we are willing to sign the pledge, so if they are truly committed they should also sign it.”

Najib has in fact beautifully given the reason why I, for instance, has reservations about signing TI’s Election Integrity Pledge after Najib had signed it!

There is no question about my commitment in fighting corruption and abuse of power for which I have dedicated nearly half a century of my life in Malaysian politics, but the question is whether my commitment to fighting corruption and abuse of power would become a joke and a mockery if I sign the Election Integrity Pledge after Najib had signed it!

Firstly, is Najib sincere and serious in signing the Election Integrity Pledge, which stipulates four principles for all signatories to observe when contesting in the 13th general elections, viz:

• Truth, integrity, ethical conduct and accountability, including not accepting or giving bribes or being involved in corrupt practices in any way;

• Upholding and giving priority to the interests of the rakyat as a whole;

• Good governance and transparency; and

• Compliance with all the applicable laws and regulations of Malaysia.

Continue reading “Najib has violated the TI Election Integrity Pledge at least five times during the Chinese New Year”

49-Day Countdown to 13GE: Najib has presented me with a dilemma – is the Election Integrity Pledge worth signing when the Prime Minister can sign it with such aplomb, contempt and cynicism?

The Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak, has presented me with a dilemma – is the Election Integrity Pledge proposed by Transparency International-Malaysia (TI-M) worth signing when Najib could sign it with such aplomb, contempt and cynicism after his four-year premiership witnessed corruption in Malaysia plunging to its worst depths in the nation’s 56-year history.

In Najib’s four years as Prime Minister, Malaysia’s Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) plunged to its lowest rankings in the past 18 years, i.e. No. 56 in 2009 and 2010, No. 60 in 2011 and No. 54 in 2012, as compared to Malaysia’s No. 23rd ranking in the first TI CPI in 1995, No. 37th placing in 2003 when Tun Dr. Mahathir stepped down as Prime Minister after 22 years of authoritarian and corrupt rule and No. 47 ranking in 2008 after five years of Tun Abdullah’s “Mr. Clean” premiership.

It is incontrovertible and undeniable that corruption under Najib’s four-year premiership is the worst under any Prime Minister in the nation’s 56-year history, as apart from being worse than the Mahathir and Abdullah eras, no one has ever suggested that corruption under the first three Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein were ever more serious than under their successors.

What makes a meaningful signing of the TI-M’s Election Integrity Pledge even more questionable is the presence of the Sarawak Chief Minister, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, who had put Malaysia on the international radar of anti-corruption campaigns after the allegations in the ground-breaking and explosive report by the Swiss-based NGO Bruno Manser Fund (BMF) last September which estimated the assets of Taib Mahmud’s family at US$21 billion (RM64 billion), with the wealth of Taib himself put at a whopping US$15 billion (RM46 billion) making him Malaysia’s richest man outstripping tycoon Robert Kuok who has US$12.5 billion. Continue reading “49-Day Countdown to 13GE: Najib has presented me with a dilemma – is the Election Integrity Pledge worth signing when the Prime Minister can sign it with such aplomb, contempt and cynicism?”

Suaris Interview: The Future of Malays Part 4

by Bakri Musa

It is said that Malays are at a crossroad. This is particularly so with the upcoming General Election 13 where the choice is between feudalism and liberalism. To what extent do you agree with that viewpoint?

[The original in Malay appeared in suaris.wordpress.com on February 6, 2013.]

MBM: I agree that we Malays are at a critical juncture. Our choice is between continuing on the present path that has led us to where we are today, with our minds still trapped, or make a sharp turn towards liberating them. Remember that the path to the dumpsite is the one well-trodden.

I do not agree that the forthcoming election (GE 13) will be a choice between liberalism and feudalism, as I understand both terms. Instead it will be between a party that has grown old, tired, and bankrupt of ideas versus another that is young, vigorous, and full of fresh talent.

As an aside, “liberalism” to me means a system that treats every human as having certain inalienable rights or freedoms granted unto him (or her) by Almighty Allah, among them, the freedom of thought, to choose our leaders, own properties, and pursue happiness. Feudalism on the other hand was the social system prevailing in Medieval Europe where humans were either lords or peasants. Land, property and peasants belonged to the lords. Your fate and place in society was determined at birth and remained fixed throughout life. Meaning, born a peasant, and you would remain one until death.

Clearly from the perspective of respect for human lives and values, liberalism is closer to Islam than is feudalism. Continue reading “Suaris Interview: The Future of Malays Part 4”

22 questions for Dr M, again

P Gunasegaram
Malaysiakini
Feb 14, 2013

QUESTION TIME I became a journalist at the Business Times, then a standalone newspaper, in 1978.

Three years later in 1981 Dr Mahathir Mohamad became prime minister of Malaysia, its fourth, succeeding Hussein Onn.

I have followed his career quite closely since and frankly I am not impressed. He started off with promise – and promised a lot – but fulfilled none if any.

In fact I would go so far as to say that he was positively the worst prime minister this country has ever had.

Through destruction of institutions such as an independent judiciary, running roughshod over civil servants, bringing his brand of power, patronage and poor economics into decision making, and making use of oppressive laws he used an iron fist to rule and in the process brought more harm to this country than any other person alive or dead.

Much of the problems of Malaysia can be traced back to him and he has made it difficult for his successors to make major changes going forward, much of which would involve unwinding processes and linkages he had put in place before. Continue reading “22 questions for Dr M, again”

Pengiraan Detik 60 Hari ke PRU13 – Bilakah Najib akan membuat kenyataan sama ada Malaysia mampu mengejar Korea Selatan atau sekurang-kurangnya mula merapatkan jurang yang semakin besar antara dua negara?

Pada majlis perembahan Gangnam Style bintang pop Korea Psy di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri di Pulau Pinang esok, adakah Datuk Seri Najib Razak akan membuat kenyataan sama ada Malaysia mampu mengejar Korea Selatan atau sekurang-kurangnya mula merapatkan jurang yang semakin besar antara dua negara?

Seorang Menteri Kabinet berkata kemunculan Psy akan menjadikan Pulau Pinang terkenal di serata dunia dan yang lebih penting daripada itu adalah Pulau Pinang dan Malaysia menjadi terkenal di serata dunia kerana pencapaiannya sendiri dalam semua bidang usaha.

Enam belas tahun lalu, ketika kita mengisytiharkan Koridor Raya Multimedia sebagai “hadiah buat dunia”, Malaysia dan Korea Selatan pernah pada tahap yang sama memulakan perjalanan dalam dunia IT.

Hari ini, MSC dan Malaysia semakin hilang dari peghetahuan dunia sebagai tempat penting IT antarabangsa, sementara Korea Selatan telah jauh menjadi negara pertama di dunia menjadi masyarakat jalur lebar juga negara yang yang mempunyai internet terpantas di dunia – dengan purata kelajuan internet pada 2012 14.7 Mbps, 650% lebih tinggi daripada purata 2.2 Mbps di Malaysia.

Di dalam tadbir urus yang baik, Malaysia tertinggal di belakang Korea Selatan terutamanya dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sejak lima tahun lalu, yang mana Malaysia dilihat lebih korup, antara No. 47 hingga 60 dalam kedudukan dunia berbeza dengan Korea Selatan yang berada di kedudukan 39 hingga 45. Continue reading “Pengiraan Detik 60 Hari ke PRU13 – Bilakah Najib akan membuat kenyataan sama ada Malaysia mampu mengejar Korea Selatan atau sekurang-kurangnya mula merapatkan jurang yang semakin besar antara dua negara?”

60-Day Countdown to 13GE – When will Najib make a statement whether Malaysia can ever catch up with South Korea or at least begin to close the yawning chasm between the two countries?

On the occasion of Korean pop superstar Psy’s Gangnam Style performance at the Prime Minister’s CNY Open House in Penang tomorrow, will Datuk Seri Najib Razak make a statement whether Malaysia can ever catch up with South Korea or at least begin to close the yawning chasm between the two countries?

A Cabinet Minister said Psy’s appearance will make Penang world-famous but it is more important that Penang and Malaysia become world-famous because of our own achievements in all fields of human endeavour.

Sixteen years ago, when we proclaimed the Multimedia Super Corridor as “a gift to the world”, Malaysia and South Korea were on the same level embarking on the IT journey.

Today, MSC and Malaysia have faded away from the world radar screen as an international IT hot spot, while South Korea has powered ahead to become the first country in the world to become a broadband society as well as the land of fastest internet in the world – with an average internet speed in 2012 of 14.7 Mpbs, 650% higher than the average 2.2 Mpbs registered in Malaysia.

In fact, Malaysia is ranked among the world’s worst nations in internet speed – even slower than Thailand’s average internet speed of 2.9 Mpbs for 2012. Continue reading “60-Day Countdown to 13GE – When will Najib make a statement whether Malaysia can ever catch up with South Korea or at least begin to close the yawning chasm between the two countries?”

Pengiraan Detik 66 Hari ke PRU13 – Mengapa cuma sasarkan 60,000 orang untuk persembahan “Oppa Gangnam Style” Psy pada Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, sepatutnya mensasarkan 100,000 atu 250,000 orang dari Pulau Pinang, seluruh Malaysia dan negara jiran untuk sebuah acara yang sensasi bersama Psy

Topik terhangat di kalangan rakyat Malaysia tidak kira kaum, umur atau jantina di seluruh negara untuk dua hari berturut-turut masih lagi Psy dan “Oppa Gangnam Style”, terutamanya laporan yang mengatakan kos sebanyak RM3 juta untuk membawa bintang Korea Selatan itu ke Penang bagi memastikan kehadiran 60,000 orang untuk Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Semua rakyat Malaysia bergembiralah dengan Psy dan “Oppa Gangnam Style” di Pulau Pinang pada hari kedua Tahun Baru Cina pada 11 Febuari.

Malah, mengapa cuma sasarkan 60,000 orang dan tidak cuba capai 100,000 orang atau 250,000 orang dari Pulau Pinang, seluruh Malaysia dan negara jiran untuk menjadikannya acara sensasi bersama Psy benar-benar bersejarah dan menjadi kenangan?

Amat bersejarah sekiranya kehadiran julung kali Psy di Malaysia dapat turut membuatkan Malaysia mencontohi Korea Selatan yang berusaha memperbaiki keadaan negara bagi menjalankan transformasi negara yang jujur dalam tadbir urus, politik, ekonomi, pendidikan dan pembinaan bangsa bagi membolehkan Malaysia membuat satu anjakan dalam segenap aspek kehidupan nasional dalam kemerdekaan kedua Malaysia.

Biar kehadiran Psy ke Malaysia memulakan satu debat nasional dan mencari diri bagaimana Korea Selatan, daripada negara yang miskin dan mundur mampu berjaya melontar dirinya menjadi penjana ekonomi yang kini lebih kaya daripada Malaysia, dengan pendapatan per kapita dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada Malaysia, dan lebih maju berbanding Malaysia di dalam semua bidang.

18 tahun Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) berikut memberikan kunci kepada jawapan itu: Continue reading “Pengiraan Detik 66 Hari ke PRU13 – Mengapa cuma sasarkan 60,000 orang untuk persembahan “Oppa Gangnam Style” Psy pada Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, sepatutnya mensasarkan 100,000 atu 250,000 orang dari Pulau Pinang, seluruh Malaysia dan negara jiran untuk sebuah acara yang sensasi bersama Psy”

66-Day Countdown to 13GE – Why only aim at 60,000 people for Psy’s “Oppa Gangnam Style” performance on CNY in Penang, should aim for 100,000 or even 250,000 people from Penang, all over Malaysia and neighbouring countries for the sensational event with Psy

The hot topic among Malaysians regardless of race, age and gender throughout the country second day in running is still Psy and his global hit “Oppa Gangnam Style”, especially the reported cost of RM3 million to bring the South Korean superstar to Penang to ensure a turnout crowd of 60,000 people for the Chinese New Year Open House of the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak.

Let all Malaysians have a great day and enjoy themselves with Psy and “Oppa Gangnam Style” in Penang on the second day of Chinese New Year on Feb. 11.

In fact, why only aim at 60,000 people and not go for 100,000 people or even 250,000 people from Penang, all over Malaysia and the neighbouring countries to make the sensational event with Psy really historic and memorable?

It will be really historic if Psy’s premier appearance in Malaysia can also inspire Malaysians to emulate South Korea to pull the country from its bootstraps to undertake a genuine national transformation in governance, politics, economics, education and nation-building to enable Malaysia to take a quantum leap in all aspects of national life in the second Merdeka of Malaysia.

Let Psy’s visit to Malaysia mark the beginning of a national debate and soul-searching as to how South Korea, from a country poorer and more backward than Malaysia more than 50 years ago when we achieved Merdeka, succeeded in catapulting itself into an economic power-house which is now much wealthier than Malaysia, with a per capita income two to three times higher than Malaysia, and more advanced than Malaysia in all fields of human endeavour.

The following 18-year series of Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) provides key to this answer: Continue reading “66-Day Countdown to 13GE – Why only aim at 60,000 people for Psy’s “Oppa Gangnam Style” performance on CNY in Penang, should aim for 100,000 or even 250,000 people from Penang, all over Malaysia and neighbouring countries for the sensational event with Psy”

Pengiraan Detik 71 Hari ke PRU13 – Kepura-puraan RCI Sabah, risiko tinggi Malaysia dalam rasuah pertahanan dan kedudukan kebebasan akhbar paling buruk adalah bukti kegagalan slogan/dasar transformasi Najib dan mengapa negara perlu menukar kerajaan Persekutuan dalam PRU13

Setiap hari, rakyat Malaysia dihidangkan dengan bukti kegagalan slogan dan dasar transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengapa Negara perlukan perubahan kerajaan persekutuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang semakin hampir.

Hari ini, kita perlu hanya merujuk kepada tiga perkembangan terkini.

Yang pertama adalah kepura-puraan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Sabah terhadap pendatang tanpa izin yang memasuki minggu kedua pendengaran awamnya.

Apa yang menjadi kebimbangan rakyat Sabah dan Malaysia bahawa RCI itu tidak akan mampu menggali kebenaran hingga ke dasar tentang tindakan haram menghalalkan pendatang tanpa izin di Sabah yang menyebabkan peningkatan lima kali ganda penduduk negeri itu daripada 600,000 pada tahun 1970 kepada 3.3 juta kelihatan berasas, dan disimpulkan dengan baik oleh seorang pembaca Malaysiakini yang memberikan komen:

“Now we have it. There will be 100 odd witnesses in the RCI who will claim and counter-claim until it is all so messed up that no further action will be taken. It is all a sandiwara (act).”

Continue reading “Pengiraan Detik 71 Hari ke PRU13 – Kepura-puraan RCI Sabah, risiko tinggi Malaysia dalam rasuah pertahanan dan kedudukan kebebasan akhbar paling buruk adalah bukti kegagalan slogan/dasar transformasi Najib dan mengapa negara perlu menukar kerajaan Persekutuan dalam PRU13”

71-Day Countdown to 13GE – charade of Sabah RCI, Malaysia’s high-risk in defence corruption and worst-ever press freedom ranking proof of failures of Najib’s transformation slogans/policies and why country needs Federal government change in 13GE

Every day, Malaysians are provided new evidence of the failures of the transformation slogans and policies of the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak and why the country needs a change of federal government in the 13th General Elections around the corner.

Today, we need only refer to three current developments.

The first is the charade of the of Sabah Royal Commission of Inquiry (RCI) into illegal immigrants entering into its second week of public hearings.

What have concerned Sabahans and Malaysians that the RCI would not be able to get to the bottom of the whole truth about the illegal legalization of illegal immigrants in Sabah causing a five-fold increase of the state’s population from 600,000 in 1970 to the current 3.3 million seem to have been justified, and this is best summed up by a Malaysiakini reader who commented:

“Now we have it. There will be 100 odd witnesses in the RCI who will claim and counter-claim until it is all so messed up that no further action will be taken. It is all a sandiwara (act).”

Continue reading “71-Day Countdown to 13GE – charade of Sabah RCI, Malaysia’s high-risk in defence corruption and worst-ever press freedom ranking proof of failures of Najib’s transformation slogans/policies and why country needs Federal government change in 13GE”

Pengiraan Detik 74 Hari ke PRU13 – Fuad Mohamad sepatutnya dipecat dari jawatan Ketua Pengarah JASA dan keseluruhan jabatan hendaklah dibubarkan

Lewat malam semalam, saya menghantar twit: : “Workers Party Lee Li Lan wins Punggol East by-election in Singapore with impressive 3182-vote majority against PAP. Najib more nervous about 13GE.”

Merupakan sesuatu yang ironi apabila angin perubahan bertiup kencang di rantau ini, menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi lebih gementar menghadapi pilihan raya umum ke-13, sebuah agensi kerajaan telah menyalahgunakan dana awam dengan menjelajah seluruh negara untuk menyebarkan bahawa Barisan Nasional mempunyai kemampuan untuk mendapat dua pertiga majroriti di dalam PRU13.

Ini dilaporkan tidak lain tidak bukan oleh Bernama di dalam laporannya semalam bahawa Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan, Fuad Hassan di dalam satu soalan daripada perserta Perjumpaan Rakan Media Sosial Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor semalam berkata:

“InsyaAllah, BN berkemampuan mencapai kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum ini jika kita terus bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan”

Fuad menjelaskan bagi memperoleh majoriti dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara. Continue reading “Pengiraan Detik 74 Hari ke PRU13 – Fuad Mohamad sepatutnya dipecat dari jawatan Ketua Pengarah JASA dan keseluruhan jabatan hendaklah dibubarkan”

Pengiraan Detik 75 Hari ke PRU13 – Adakah pemimpin UMNO/BN yang benar-benar percaya BN akan mendapat semula majoriti dua pertiga dalam PRU13 dapat membuktikannya?

Parti BN mengatakan akan menang majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013” merupakan berita utrama The Malaysian Insider semalam, melaporkan bahawa pemimpin BN yakin BN akan menang majoriti dua pertiga parlimen dalam PRU13.

Bagaimanapun, hanya seorang pemimpin UMNO, ketua propagandanya, Datuk Ahmad Maslan, telah secara terbuka mengisytiharkan bahawa “BN akan menang majoriti dua pertiga, lebih baik daripada 2008”.

Tidak ada pemimpin BN yang dipetik kerana mempunyai keyakinan sedemikian, termasuklah naib presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung, pemimpin MCA yang dipetik di dalam laporan itu.

Apakah alasan yang meyakinan Ahmad?

Aneh, rekod memerangi rasuah dan mengurangkan jenayah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah antara alasannya.

Tidaklah mengejutkan apabila ketua propaganda UMNO, Ahmad cuba untuk menolak undian pandangan terbaru oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang menunjukkan 78 peratus daripada undian menyatakan integriti dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin BN akan memberikan kesan kepada sokongan pengundi dalam PRU13. Continue reading “Pengiraan Detik 75 Hari ke PRU13 – Adakah pemimpin UMNO/BN yang benar-benar percaya BN akan mendapat semula majoriti dua pertiga dalam PRU13 dapat membuktikannya?”

Pengiraan Detik 76 Hari ke PRU13 – Sokongan kepada pembersihan korupsi badan kehakiman sejak 25 tahun lalu, termasuklah membuka semula dakwaan 33 mukasurat pada 1996 oleh pemberi maklumat badan kehakiman pertama di Malaysia melibatkan 112 dakwaan terhadap 12 orang hakim

Saya menyokong sepenuhnya tuntutan tiga bekas hakim Mahkamah Rayuan supaya dibuka semula kes lama dakwaan rasuah terhadap para hakim, termasuklah 33 mukasurat aduan oleh pemberi maklumat badan kehakiman pertama di Malaysia pada 1996 melibatkan 112 dakwaan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan salah laku terhadap 12 orang hakim, kerana saksi-saksi mungkin bersedia untuk tampil kedepan sekarang.

Trio Tan Sri V.C. George, Datuk Shaik Daud Ismail dan Datuk K.C. Vohrah adalah betul apabila mereka mengatakan bahawa orang ramai tidak berpuas hati kerana dakwaan sebelum ini tidak dilihat dengan cermat.

Malah, berikutan testimoni di dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap kes video klip V.K Lingam (2007-2008), saya telah mengulangi di Parlimen apa yang telah saya bangkitkan di Parlimen pada 1996, menuntut sisatan menyeluruh ke atas 112 dakwaan korupsi, penyalahgunaan kuasa dan salah laku kehakiman terhadap 12 orang hakim yang telah dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Dartuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid.

Ini kerana testimoni di dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja Klip Video Linggam berkenaan rasuah dan korupsi hakim, termasuklah Hakim Besar ketika itu, mengingatkan rakyat Malaysia, terutamanya pemimpin politik, Ahli Parlimen, para hakim dan peguam kepada ucapan pertengahan Mac yang terkenal, ketika Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah mengejutkan rakyat Malaysia dengan pendedahan “33 mukasurat surat layang” yang membuat 112 dakwaan rasuah, salahguna kuasa dan salah laku terhadap 12 hakim pada satu Persidangan Hakim di Kuching pada March 1996.

Mohtar secara terbuka mengeluarkan arahan kepada polis untuk memulakan siasatan bagi “mencungkil” dan “mengheret ke muka pengadilan” “konspirator”, “pengkhianat” dan “unsur-unsur khianat” yang cuba “mencemarkan nama baik badan kehakiman dan menumpaskan keadilan” di negara ini.

Empat bulan kemudian, Mohtar mengumumkan kes tersebut ditutup apabila beliau mendapati seorang hakim Mahkamah Tinggi merupakan orang di belakang 33 mukasurat surat layang terhadap badan kehakiman dan hakim itu telah pun meletakkan jawatan. Continue reading “Pengiraan Detik 76 Hari ke PRU13 – Sokongan kepada pembersihan korupsi badan kehakiman sejak 25 tahun lalu, termasuklah membuka semula dakwaan 33 mukasurat pada 1996 oleh pemberi maklumat badan kehakiman pertama di Malaysia melibatkan 112 dakwaan terhadap 12 orang hakim”