The Malaysian Insider
29 August 2015
Menjelang perhimpunan Bersih 4 hari ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohamad Asri Zainul Abidin berkata, sesiapa yang bangkit menentang si zalim yang kuat ataupun pengkhianat yang berkuasa, maka dia pastinya seorang wira.
Baginya, jika hanya wanita yang ramai dalam perhimpunan ini, ia memalukan, katanya yang dipercayai merujuk kepada pengerusi Bersih 2.0, penganjur Bersih 4, yang merupakan seorang wanita iaitu Maria Chin Abdullah.
“Memalukan bagi sesebuah masyarakat ataupun pihak jika tiada wira lelaki yang muncul, sebaliknya hanya wanita yang berani tampil bersuara dan bertindak,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Maza. Continue reading “Bangkit lawan penzalim adalah wira, kata Mufti Perlis”