— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 08, 2012
8 APRIL — Seruan pemuda Perkasa supaya orang Islam tidak bersama didalam rally Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April nanti menjelaskan lagi betapa jumudnya pandangan Ketua Wira Perkasa itu.
Semasa rakyat berbilang kaum sedang bertungkus lumus mencari penyelesaian terhadap penyelewengan dan pencemaran demokrasi ini ada pula pihak yang hendak menyelitkan kepentingan sempit pertubuhan itu dan berniat untuk menggagalkan usaha dan niat rakyat untuk memperbetulkan kepincangan yang dilakukan oleh institusi demokrasi negara ini.
Kenapa pula orang Islam tidak boleh menyertai rally tersebut. Apa yang “un-Islamic” nya rally itu sehinggakan orang Islam diseru untuk tidak menyertai rally yang berkepentingan untuk demokrasi dinegara ini? Saya tidak mahu berbahas tentang agama kerana saya tidak berpengetahuan agama yang lengkap. Tetapi apa yang saya fahami Islam memang menuntut umatnya untuk menolak kemungkaran politik dan ekonomi dan memperjuangkan kebenaran. Continue reading “Perkasa masih bermain dengan api perkauman dan agama”