– Dr Tajuddin Mohamad Rasdi
The Malaysian Insider
9 July 2014
Untuk memperkasakan lagi mahasiswa Melayu, mereka harus membangunkan minda yang kritis. Dalam era ledakan maklumat ini, terdapat banyak berita dan informasi yang boleh digunakan dan diinterpretasi namun kesahihan dan kepenggunaannya harus dipertimbangkan terlebih dahulu.
Tidak semua maklumat adalah benar, tidak semua maklumat bersifat neutral. Jika mahasiswa Melayu memperlengkapkan diri dengan kuasa minda yang kritis ia bukan saja dapat mententeramkan kehidupan keluarga, komuniti dan syarikat yang mnggajikannya ia juga akan dapat membangun dengan positif.
Terdapat enam tahap pengasahan minda kritis yang perlu dilalui dan dipraktik serta di praktis oleh mahasiswa Melayu.
Tahap pertama adalah untuk mendapatkan keseluruhan jalan cerita dan konteks seseuatu maklumat atau kejadian atau pernyataan. Tahap kedua mengidentifikasi sumber asal berita atau informasi tersebut sebelum mengambil apa-apa tindakan atau strategi. Dalam tahap ketiga mahasiswa perlu membuat pengujian kebolehyakinan terhadap sumber informasi dan berita tersebut.
Selepas itu, di tahap keempat perlu pula bertanyakan sama ada sumber informasi berita atau informasi tersebut boleh mendapat apa-apa keuntungan daripada penjelasan dan peyampaian berita dan infrormasi tersebut.
Tahap kelima pula adalah mengasingkan maklumat cerita dari interpretasi maklumat dan cerita yang disampaikan. Akhir sekali di tahap enam, apakah pertimbangan nilai kemanusiaan yang boleh diambil dalam membentuk proses tindakan dan kesimpulan daripada berita, maklumat atau data yang baru diperoleh itu? Continue reading “Memperkasa mahasiswa Melayu: Menjana minda kritis”