Sekiranya Najib mahu menang perang persepsi, pentadbirannya harus berhenti mencipta Malaysia yang Kafkaesque

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam memberitahu perhimpunan pertama dengan petugas Jabatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-13 bahawa kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk menangani persepsi negatif dan memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak leka dengan berlebihan bermain politik.

Sekiranya Najib mahu memenangi perang persepsi, pentadbirannya harus berhenti mencipta Malaysia yang Kafkaesque.

Dinamakan sempena penulis Franz Kafka, “Kafkaesque” digunakan untuk menggambarkan apa saja yang tidak masuk akal, tiada warna dan tiada titik rujukan. Ia menggambarkan sesuatu yang sangat rumit tanpa sebab, terutamanya merujuk kepada birokrasi.

Karakter Kafkaesque pemerintahan Najib ditonjolkan melalui ucapannya semalam, memberi amaran kepada penjawat awam supaya tidak dilekakan dengan berlebihan bermain politik sedangkan sesetengah penjawat awam sememangnya bersalah berlebihan bermain politik atas perintah tuan politik mereka pada bulan pertama selepas pilihan raya umum. Continue reading “Sekiranya Najib mahu menang perang persepsi, pentadbirannya harus berhenti mencipta Malaysia yang Kafkaesque”

Siasatan awal menunjukkan bahawa satu konspirasi yang didanai UMNO telah dilancarkan UMNO tiga bulan sebelum pembubaran Parlimen untuk memburuk-burukkan DAP, yang turut melahirkan dakwaan dongeng 3,000 tentera siber “Red Bean Army” yang didanai DAP

Siasatan awal menunjukkan bahawa satu konspirasi yang didanai UMNO telah dilancarkan UMNO tiga bulan sebelum pembubaran Parlimen pada 3 April untuk memburuk-burukkan DAP, yang turut melahirkan dakwaan dongeng 3,000 tentera siber “Red Bean Army” yang didanai DAP kononnya dengan bajet setinggi RM100 juta sehingga RM1 bilion sepanjang enam tahun lalu bagi tujuan pembunuhan karakter pemimpin UMNO/BN di ruang siber.

Penyebar utama pembohongan mengenai “Red Bean Army”  adalah media cetak milik/dikuasai UMNO/BN, termasuk Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star, baik sebelum mahupun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei.

Dakwaan tidak berasas yang disebarkan dan dilontarkan oleh Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star hendaklah tercatat dalam sejarah sebagai titik paling hina mereka dalam melacurkan kerjaya kewartawanan disebabkan dasar pertimbangan dan objektif mereka bukanlah fakta dan kebenaran, yang sepatutnya menjadi pegangan bidang kewartawanan.

Bagaimana mereka yang kononnya digelar wartawan kepada Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star yang bersekongkol mencipta penipuan tentang 3,000 tentera siber “Red Beans Army” didanai DAP yang hanya wujud dalam imaginasi liar mereka mampu berbangga sebagai wartawan yang jujur, menegakkan kebenaran dan takutkan Tuhan? Continue reading “Siasatan awal menunjukkan bahawa satu konspirasi yang didanai UMNO telah dilancarkan UMNO tiga bulan sebelum pembubaran Parlimen untuk memburuk-burukkan DAP, yang turut melahirkan dakwaan dongeng 3,000 tentera siber “Red Bean Army” yang didanai DAP”

Bolehkah KPN jelaskan mengapa polis berat sebelah tidak menguatkuasakan undang-undang ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan meskipun mereka melakukan kesalahan menghasut?

Dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pihak polis “adil dan tidak berat sebelah” dalam menjalankan tugas dan “mereka yang melanggar undang-undang harus berdepan dengan tindakan” adalah tidak masuk akal dan keterlaluan hinggakan mereka tidak boleh bertahan walau seminit penelitian oleh warga biasa.

Sebagai permulaan, bolehkah KPN jelaskan mengapa polis berat sebelah tidak menguatkuasakan undang-undang ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan, Mohamad Noor Abdullah kerana membuat satu kenyataan terbuka yang paling rasis dan menghasut dalam tempoh 44 tahun ini  dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan,  Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad  kerana melakukan hasutan dengan menyeru ditutup sekolah rendah kebangsaan Cina dan Tamil?

Jika kita mempunyai pasukan polis yang “adil dan tidak berat sebelah” dan yang menguatkuasakan undang-undang tanpa rasa takut atau memihak, kedua-dua Mohd Noor dan Abdul Rahman telah disoalsiasat oleh polis, ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan.

Biar Khalid menjawab pertanyaan tentang layanan istimewa yang diberikan kepimpinan polis kepada bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan bekas  Ketua Pengarah Pendidikan sebelum mengulang kenyataan yang tiada makna seperti pihak polis “adil dan tidak berat sebelah” dalam menguatkuasakan undang-undang.

Adakah pihak polis pernah diberi arahan, secara langsung atau tidak langsung, oleh kepimpinan tertinggi kerajaan dan politik supaya tidak “menyentuh” bekas hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan meskipun terang-terang melakukan kesalahan hasutan? Continue reading “Bolehkah KPN jelaskan mengapa polis berat sebelah tidak menguatkuasakan undang-undang ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan dan bekas Ketua Pengarah Pendidikan meskipun mereka melakukan kesalahan menghasut?”

Rakyat Malaysia mahu IPCMC menamatkan insiden kematian dalam tahanan memandangkan mereka tidak yakin terhadap sebarang jawatankuasa khas walaupun diketuai oleh KPN sendiri

Pengumuman oleh pengarah pengurusan Bukit Aman Mortadza Nazarene bahawa pihak polis akan menubuhkan satu jawatankuasa khas diketuai oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu untuk membendung insiden melibatkan kematian di dalam lokap polis amat tidak memuaskan dan tidak boleh diterima, memandangkan apa yang rakyat Malaysia mahukan adalah Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) seperti mana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja Polis Dzaiddin lapan tahun lalu pada 2005 bagi menamatkan terus peristiwa kematian dalam tahanan polis yang memalukan dan tidak berkesudahan.

Selepas menunjukkan dirinya sebagai KPN paling “bersifat politik” dalam sejarah pada minggu pertamanya dengan meletakkan keutamaan tertingginya adalah untuk melindungi rejim berbanding keselamatan rakyat Malaysia daripada jenayah dan kebimbangan terhadap jenayah, dengan tidak begitu mengambil kira hak asasi kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman rakyat Malaysia, rakyat Malaysia tidak yakin terhadap KPN atau mana-mana jawatankuasa khas polis sekalipun diketuai KPN untuk menamatkan insiden kematian dalam tahanan polis.

Khalid telah menjadi timbalan KPN sejak April 2011 dan rakyat Malaysia berhak untuk tahu apa yang telah dia lakukan sepanjang dua tahun lalu sebagai orang No.2 di dalam pasukan polis dalam menamatkan insiden kematian dalam tahanan polis, satu perkara keji dan memalukan yang ditonjolkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Polis Dzaiddin lama dulu pada tahun 2005? Continue reading “Rakyat Malaysia mahu IPCMC menamatkan insiden kematian dalam tahanan memandangkan mereka tidak yakin terhadap sebarang jawatankuasa khas walaupun diketuai oleh KPN sendiri”

Kemalangan bot Belaga sepatutnya dianggap sebagai bencana negara kerana itu merupakan bukti tragis kegagalan 50 tahun pembangunan di Sarawak yang masih tidak mempunyai akses jalanraya ke kawasan pedalaman

DAP terkejut dan kesal dengan tragedi bot Belaga pagi semalam yang mana sebuah bot ekspress karam di Sungai Rajang, dengan 23 penumpang masih hilang ketika operasi mencari dan menyelamat berhenti semalam disebabkan waktu malam.

Setakat ini, 181 penumpang berjaya untuk berenang ke tempat selamat selepas bot ekspress yang dinaiki karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, lebih kurang empat jam perjalanan dari Sibu.

Siasatan awal menunjukkan bahawa bot ekspres itu telah melebihi kapasiti 67 tempat duduk dan dipercayai terlebih muatan dengan 200 penumpang pulang dari pesta Gawai Dayak, kemudian menghadapi masalah enjin gagal berfungsi sebelum merempuh batu dan karam.

Pengerusi Lembaga Sungai Sarawak (SRB) Datuk Roland Sagah telah mengumumkan satu siasatan penuh akan diadakan terhadap insiden tragis itu, memberi amaran tindakan akan diambil terhadap operator bot kerana gagal mengikut nasihat supaya tidak membawa lebih muatan atau membenarkan penumpang memanjat bumbung apabila kapal terlalu penuh ketika menyelusuri di sungai.

Malangnya, siasatan sedemikian tidak akan mengembalikan nyawa mereka yang telah terkorban di dalam insiden kemalangan bot di Sarawak.

Dua tahun lalu, 13 penumpang terkorban di dalam tragedi bot yang serupa di kawasan Tatau berhampiran pekan Bintulu.

Kemalangan bot Belaga sepatutnya dianggap sebagai bencana negara kerana itu merupakan bukti tragis kegagalan 50 tahun pembangunan di Sarawak yang masih tidak mempunyai akses jalanraya ke kawasan pedalaman. Continue reading “Kemalangan bot Belaga sepatutnya dianggap sebagai bencana negara kerana itu merupakan bukti tragis kegagalan 50 tahun pembangunan di Sarawak yang masih tidak mempunyai akses jalanraya ke kawasan pedalaman”