Demi hudud, kepimpinan Kelantan bakal bertukar tangan?

– Riesya H.
The Malaysian Insider
22 June 2015

Isu hudud nampaknya belum reda.

Terkini, dengan terburainya Pakatan Rakyat, boleh lah dianggap isu hudud berjaya memainkan peranannya. Peranan untuk memporak porandakan PR.

Di zaman teknologi facebook dan whatsup hari ini, saya ingin kongsikan secebis nota menarik yang dipanjangkan kepada saya, berbunyi begini;

“I, like many Malaysians, may have underestimated Datuk Seri Najib Razak as a politician. He may have committed a lot of economic and public relation blunders. But he has managed to kill PR. Tricking PAS into believing that Umno will support hudud, Najib has cause a major rift between PAS and their PR allies, which then caused a crisis within PAS. Now that he has accomplished what he wanted, he pulled his support from hudud.
With one stroke, najib has managed to kill PR and put PAS in the ECU. He may have assured Umno’s rule for another 2-3 terms. And for that, he should be named one of Malaysia’s best politician. He took over the helm when Umno was at its worst. He didn’t try to make things right with Umno, but he destroyed the opposition.
Great game Najib.”

Itu lah yang menjadi persepsi dan gambaran rakyat marhaen semacam saya yang kerdil ini.

Di perincikan lagi mesej dari cebisan berbahasa Inggeris itu, persepsi yang bole dirumuskan 1.8 juta pengundi pemula yang mengundi dan menaruh harapan kepada PR pada PRU13 yang lalu, boleh disimpulkan sebegini;

• Hudud mampu menyelesaikan segala masalah (Umno)

• Hudud, bukan hanya menghancurkan PR, tetapi juga perpecahan dalaman PAS yang parah.

• Hudud, umpan Umno yang menyangkut.

Hudud sebagai kunci pencapaian PAS

Tetapi, mungkin ramai lebai-lebai Umno tidak berpandangan sedemikian. Bagi mereka, hudud adalah segala-galanya, dan juga sebagai kunci pencapaian (key performance indicator – KPI) kepada perjuangan dan pencapaian politik mereka.

Bukan mengenai urus tadbir yang terbaik, bukan mengenai membenteras rasuah, kronisma, nnepotisma, pembaziran, kebocoran, pengsonglap duit Tabung Haji, atau tanah rakyat felda yang lebur akibat dilabur dan dijaja kepada pemberi hutang. Bukan itu semua ataupun segala macam nahi mungkar yang boleh dihidu didepan mata. Tetapi hudud.

Tidak mustahil jika Datuk Nik Amar Nik Abdullah beriya-iya begitu berani mengistiharkan perang semata-mata kerana hudud, “Kita tunggulah Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya. Kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisan,” sepertimana yang dilapor dalam sinar harian pada 20/6/2015.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/hudud-pas-beri-umno-masa-tunai-janji-1.402856

Ingin juga saya ketengahkan cebisan menarik penulis Mohd Sayuti Omar, di penghujung 2014,
“MB Datuk Ahmad Yaakob pernah berkata sekiranya hukum hudud tidak dilaksanakan tahun depan (2015) beliau akan letak jawatan sebagai MB. Exco agama Nasaruddin Daud juga menegaskan hukum hudud akan dilaksanakan pada 2015”

Umumnya, persepsi rakyat terhadap perjuangan PAS adalah semata-mata demi hudud. Berjaya hudud, membawa maksud perjuangan PAS berjaya. Mendahului segala macam masalah. Masalah menaiktaraf ekonomi rakyat Kelantan, masalah pengangguran anak muda, masalah anak muda terpaksa berhijrah keluar untuk mencari rezeki, masalah cerai dan nafkah, masalah berjudi dan berlaga ayam dalam belukar, masalah ponteng Jumaat, masalah cari betina Siam di Golok, masalah pil kuda dan pengedaran dadah di setiap pelusuk negeri. Ataupun bagaimana kaedah untuk menangani masalah banjir selut yang melanda sekian tahun.

Siapa bakal menerajui Kelantan?

Saya ingin membawa pembaca menjawab teki teki. Sekiranya semua telahan di atas menjadi realiti. Ringkasnya, apa natijahnya jika isu hudud yang selama ini panas dan hangat digembar gemburkan itu dicurahkan air sejuk begitu saja Umno.

Menteri besar berjanji untuk meletakkan jawatan dan timbalan menteri besar yang mengistiharkan perang dan kita pasti seorang (atau dua) ulama tidak akan melanggar sumpah atau memungkiri janji.

Jadi, siapakah bakal mengambilalih jawatan MB dan TMB baru menggantikan MB dan TMB yang bakal berhenti nanti? Adakah ada tokoh-tokoh lain dari barisan wakil rakyat PAS sediaada? ataukah kita bakal melihat bukan sahaja melihat Kelantan bertukar MB atau TMB, malah pertukaran kerajaan, dari PAS kepada Umno?

Hudud. What a Great game, Najib!! – 22 Jun, 2015.

CategoriesUncategorized

Leave a Reply