Sekiranya wujud “satu orang, satu undi, satu nilai”, BN sudah hilang majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Sabah

Di dalam pilihan raya umum yang baru diadakan pada 5 Mei, Barisan Nasional sudah tentu hilang majoriti dua pertiga di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah sekiranya kita benar-benar ada sistem “satu orang, satu undi, satu nilai”.

Dengan 55.78 peratus daripada jumlah undi keseluruhan untuk 60 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah, iaitu 427,890 undi, Barisan Nasional sepatutnya hanya berjaya mendapat 34 kerusi Dewan Undangan Negeri bukannya memenangi 48 kerusi, iaitu 80% kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, DAP dan PAS yang bertanding di kesemua 60 kerusi Dewan Undangan Negeri mendapat 248,185 undi atau 32.36% daripada jumlah undi keseluruhan, dan sepatutnya memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri bukannya cuma 11 (iaitu 18.33% daripada 60 kerusi).

STAR yang meletakkan 47 calon Dewan Undangan Negeri, memenangi satu kerusi, dengan 5.63% daripada jumlah undi keseluruhan sementara SAPP bertanding di 41 kerusi Dewan Undangan Negeri, dengan 28,305 undi atau 3.69% daripada jumlah undi keseluruhan, tidak memenangi sebarang kerusi.

Sekalipun Oposisi yang kuat dan bersemangat sudah dipulihkan di Dewab Undangan Negeri Sabah selepas dua dekad ketiadaanya, dengan 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (DAP 4 dan PKR7) dari Pakatan Rakyat dan satu dari STAR, pilihan raya umum 5 Mei merupakan pengajaran berharga buat Oposisi di Sabah, yakni Barisan Nasional sudah tentu kalah lagi empat kerusi parlimen dan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri jika tidak kerana undi pecah di kalangan calon Oposisi.

Empay kawasan Parlimen itu adalah Keningau, Kota Marudu, Pensiangan dan Tenon sementara lapan kerusi Dewan Undangan Negeri adalah Elopura, Melalap, Kundasang, Liawan, Paginatan, Kiulu, Nabawan dan Tambunan.

Pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat sedang menganalisa keputusan pilihan raya umum Sabah untuk merangka pelan tindakan bagi memulakan kempen susulan bagi memenangi hati majoriti rakyat Sabah, kerana pilihan raya seterusnya akan menjadi dua perjuangan untuk UBAH – di Putrajaya dan juga kerajaan negeri Sabah.

Apa yang perlu diberi perhatian di dalam keputusan pilihan raya Sabah termasuklah:

(I) Kekalahan besar Presiden UPKO dan Menteri Kabinet Bernard Dompok di kerusi parlimen Penampang;

(ii) Kemenangan tipis Presiden PBS Joseph Pairin Kitingan di kerusi Parlimennya di Keningau dan kerusi Dewan Undangan Negerinya di Tambunan semata-mata disebabkan oleh pecah undi di kalangan Oposisi, merupakan kemerosotan menyedihkan buat Presiden PBS yang telah mengangkat harapan rakyat Sabah dan terutamanya Kadazan-Dusun-Murut sewaktu pilihan raya kecil Tambunan yang hebat dan bersejarah pada Disember 1984, Joseph Pairin sudah hilang sengat 30 tahun lalu sewaktu beliau menang besar dengan kini hanya mampu memenangi Tambunan dan Keningau dengan undi kecil!

(iii) Kejayaan PKR Jeremy Malajad Malazad di Kadamaian, menewaskan Herbert Lagadan. Ini sepatutnya menjadi mesej jelas kepada kerajaan Negeri Sabah bahawa mereka perlu mendengar suara rakyat, terutamanya berkaitan tentangan hebat projek empangan RM450 juta Tambatuon.

(iv) Keputusan calon SAPP, terutamanya di Tawau.

Dewan Undangan Negeri Sabah baru akan mengangkat sumpah pada 13 Jun dan Dewan Undangan Negeri Sabah akan bersidang dari 17 hingga 20 Jun, menjanjikan era baru politik Sabah.

Setiausaha Negeri DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kepayan Dr. Edwin Bosi akan menjadi whip untuk DAP.

CategoriesUncategorized

Leave a Reply