MCA cuba memancing undi dengan menghina umat Islam di Malaysia dan UMNO pula berdiam diri membiarkan Islam dihina. Inilah kerjasama MCA dan UMNO dalam Barisan Nasional yang telah pun dan akan terus memecahbelahkan perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia.
Saya kesal dengan tindakan MCA yang menggunakan akhbar The Star yang dikuasainya untuk menyiarkan iklan-iklan politik yang menghina orang Melayu dan mempermainkan agama Islam.
MCA sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan kepada kaum Cina bahawa ia tidak akan tunduk kepada orang Melayu dan Islam.
Manakala UMNO pula berdiam diri dan tidak berani mempertahankan Islam dan Melayu kerana mahu membiarkan MCA memperolehi undi kaum Cina melalui cara yang kotor dan keji ini.
Dalam iklan The Star hari ini di muka surat 25, iklan bertajuk “Why is DAP silent?” (Mengapa DAP berdiam diri?) mengutuk kerajaan negeri PAS-Pakatan Rakyat Kedah yang didakwa merobohkan tempat menyembelih haiwan, mengharamkan panggung wayang, mengharamkan persembahan seni oleh wanita dan mengharamkan sambutan Hari Valentine.
Iklan akhbar MCA itu juga mendakwa kononnya PAS mahu menutup Bursa Saham dan Genting serta fatwa PAS dikatakan menjejaskan orang bukan Islam.
Dalam satu lagi iklan The Star hari ini di muka surat 27, iklan bertajuk “DAP’s UBAH will turn Johor into another Kelantan”, MCA menuduh bahawa kempen UBAH oleh DAP-Pakatan Rakyat akan menjadikan Johor seperti negeri Kelantan.
Apa yang dimaksudkan oleh iklan MCA itu adalah ekonomi Johor akan terjejas, industri pelancongan akan berkurangan dan Johor akan mengalami masalah HIV, penagihan dadah, rogol dan air kotor seperti di Kelantan.
Dan seperti biasa, MCA menuduh bahawa kualiti hidup rakyat Johor akan terjejas kerana DAP akan bersekongkol dengan PAS untuk menutup pusat hiburan.
Kebanyakan dakwaan itu berpunca daripada laporan yang dibuat oleh akhbar yang dikuasai oleh MCA dan BN sendiri!
Apa yang MCA dan BN cuba sampaikan ialah kerajaan Kelantan pimpinan orang Melayu yang berteraskan Islam dan berpandukan Perlembagaan Persekutuan akan menjadi Malaysia negara mundur.
Tetapi MCA dan BN lupa bahawa rakyat Kelantan sejak 1990 sentiasa memilih PAS adalah kerana kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah bersih, bebas rasuah dan adil kepada semua kaum.
Kebebasan beragama di Kelantan adalah lebih baik daripada beberapa negeri yang diperintah oleh UMNO-BN.
Rakyat Kelantan sudah lama sedar bahawa pimpinan PAS-Pakatan Rakyat tegas menolak rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan.
Saya yakin para pengundi Malaysia, terutamanya orang Melayu Islam, akan menolak kempen politik kotor yang dilakukan oleh BN ini.
Inilah kempen kotor dan kolot BN yang mahu menakutkan pengundi Cina dengan mengutuk PAS dan DAP melalui dakwaan yang tidak berasas.
Malah, kutukan itu telah secara langsung dan tidak langsung telah menghina Islam. UMNO yang mengaku wira Islam sepatutnya berani meminta MCA menghentikan kempen yang bersifat menghasut dan fitnah ini.
DAP dan Pakatan Rakyat tidak akan terlibat dengan kempen kotor ini.
Bagi DAP, kami bercakap terus-terang. Apa yang kami ucapkan di hadapan pengundi Cina adalah sama dengan apa yang kami ucapkan kepada pengundi Melayu, India, Kadazan, Iban dan lain-lain.
Kami amalkan politik bersih, telus dan sopan.
Kami tidak fitnah, kami tdiak pukul orang, kami hormati hak asasi manusia dan kebebasan insan.
Inilah amalan Pakatan Rakyat.
Ubah! Ini kalilah!
I have seen quite a few Hadi for PM poster in DAP stronghold.. Its actually quite comical..
One story to Chinese, and another different story to Malay?
Nothing new !
at least PR tell the same story to every citizen