Pengiraan Detik 87 Hari ke PRU13 – Media perdana BN berterusan tidak jujur, tidak profesional dan berbohong terbukti merupakan kemusnahan terakhir Najib sebagai Perdana Menteri dan penyingkiran UMNO/BN dari Putrajaya dalam PRU13

Bukan sahaja ironi malah sukar dipercayai bahawa pada malam KL112, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi tuan rumah Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung Umno 2012 dan bercakap tentang kepentingan media kepada UMNO.

Rakyat Malaysia yang berfikiran rasional dan bebas, termasuklah empat juta pengundi pertengahan yang akan menentukan sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan di Putrajaya dalam pilihan raya umum 13, tentu akan tertanya adakah Najib betul-betul berpijak di bumi nyata atau sedang hidup dalam dunianya sendiri.

Apa yang Najib katakan tentang media beberapajam selepas KL112, yang menjadi titik penting demokrasi yang sedang matang, di luar alam nyata.

Bagaimana Najib dengan selamba meminta media memainkan peranan orang tengah yang menyampaikan kehendak dan perasaan orang ramai kepada kerajaan dan melaporkan rungutan dan kritikan terhadap kerajaan untuk membolehkan penambahbaikan dijalankan sedangkan media perdana Barisan Nasional, sama ada media cetak, radio, televisyen atau atas talian, bersalah melakukan sesuatu yang sebaliknya, benar-benar tanpa sesal mereka-reka pembohongan tentang Pakatan Rakyat?

Selama berminggu-minggu, media perdana Barisan Nasional telah melakukan “Pembohongan Besar” berkenaan KL112 dan mereka masih lagi menyempurnakan “Pembohongan Besar” selepas KL112, walaupun “Pembohongan Besar” itu telah dihancurkan dengan lumat sebagai tiada asas dan tidak benar!

Tidak diragukan lagi bahawa salah satu pihak yang kalah teruk kerana KL112 dijalankan dengan berjaya dan aman adalah media perdana Barisan Nasional (MSM), sebab itulah Malaysiakini di dalam “KL112: Winners and losers” menyenaraikan media perdana sebagai salah satu daripada tiga yang “tewas” selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO/Barisan Nasional manakala The Malaysian Insider menerbitkan rencana editorial yang bertajuk: “Mainstream media’s epic fail”.

Walaupun Najib berhak diberikan tepukan kerana tidak membenarkan penyokong tegar UMNO/BN dan polis menggagalkan KL112 dan berdepan dengan kebencian ramai seperti yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih3.0, beliau masih belum dapat memberikan imej Perdana Menteri yang tegas, serius dan cekap yang komited kepada pelbagai program transformasi yang diumumkan dengan namanya – terima kasih kepada media perdana BN yang berterusan tidak jujur, tidak profesional dan berbohong!

Juga terima kasih kepada media perdana BN yang berterusan tidak jujur, tidak profesional dan berbohong yang menyebabkan tinjuan pandangan Merdeka Centre bulan Disember dua minggu lalu mendapati bahawa kedudukan populariti Najib telah jatuh ke tahap paling rendah untuk seluruh tahun – 63% pada Disember 2012 berbanding 69% pada Februari 2012 – sementara hanya 52 peratus of pengundi mengatakan bahawa negara ini menuju ke arah yang betul, paling rendah sejak bulan Mei 2010.

Perdana Menteri sebelumnya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mendapat kedudukan yang lebih baik sebelum pilihan raya umum Mac 2008 berbanding Najib pada saat hampirnya pilihan raya umum namun itu tidak menyelamatkan jawatan Abdullah.

Kedudukan populariti Abdullah menjunam daripada 91% selepas pilihan raya umum 2004 kepada 61% pada Disember 2007 (yang mana masih lagi lebih tinggi daripada populariti Najib pada kedudukan 52% pada Disember 2012) manakala 63% pengundi merasakan negara menuju ke arah yang betul pada Disember 2007 (dibandingkan dengan 52% pada Disember 2012).

Walaupun kedudukan Najib telah menjunam ke tahap paling rendah untuk tahun lalu, Merdeka Centre juga melaporkan bahawa tahap tidak puas hati telah sampai ke tahap tertinggi di dalam empat tahun pemerintahan Najib, pada 30% berbanding 28% pada bulan Oktober 2012 dan 16% pada bulan Mei 2009.

Patut diberi perhatian juga penemuan Merdeka Centre bahawa dikala kedudukan sokongan terhadap Najib tergelincir 63 peratus, pemerintahannya dan Barisan Nasional telah mengekori jauh di belakang 47 peratus dan 45 peratus.

Dengan Najib mendapat kedudukan rendah dalam kedua-dua mata berbanding Abdullah sebelum pilihan raya umum 2008, sama ada kedudukan populariti Perdana Menteri atau persepsi pengundi sama ada negara ini sedang menuju ke arah yang betul, tidaklah mengejutkan terdapatnya pemimpin UMNO yang begitu pesimis terhadap peluang UMNO/BN di dalam PRU13, malah Menteri Besar Johor Datuk Seri Ghani Othman secara terbuka meramalkan Pakatan Rakyat mampu menang PRU13 dengan majoriti tipis 5% hingga 10% kerusi parlimen – iaitu majoriti 12-22 kerusi untuk Pakatan Rakyat!

Sekiranya ini senario yang digambarkan Ghani menjadi kenyataan, salah satu puncanya kerana kurangnya kepercayaan orang ramai dan kewibawaan media perdana Barisan Nasional, yang menjadi bukti jelas kepada semua rakyat Malaysia, dan terutamanya empat juta pengundi golongan pertengahan, betapa UMNO/BN tidak mungkin insaf memandangkan tidak mampu langsung berubah melainkan dihantar ke bangku Oposisi di Parlimen.

Media perdana BN berterusan tidak jujur, tidak profesional dan berbohong terbukti merupakan kemusnahan terakhir Najib sebagai Perdana Menteri dan penyingkiran UMNO/BN dari Putrajaya dalam PRU13

CategoriesUncategorized

Leave a Reply