Kadir Sheikh Fadzir sempat keluar Umno sebelum parti itu diketepikan

Oleh Aspan Alias | March 20, 2012
The Malaysian Insider

20 MAC — Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir telah rasmi meninggalkan Umno. Ini disahkan oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Datuk Seri Adnan Mansor. Tindakan beliau itu telah dijangkakan dari awal lagi kerana beliau telah meluahkan banyak perkara yang beliau tidak persetujui berlaku didalam Umno. Beliau telah menyertai Umno pada tahun 1956 dan bersama-sama menyertai Umno Baru pada bulan Februari 1988 yang lalu.

Saya memahami apa yang dirasakan oleh TS Kadir itu kerana beliau sudah begitu lama terlibat didalam kedua-dua parti (Umno asal dan Umno Baru), dan tentulah beliau nampak dan merasakan perbezaan diantara dahulu dengan sekarang. Saya menganggap dan boleh mengagak yang beliau lebih selesa berada diluar Umno untuk bersama-sama menyatukan Melayu diluar parti yang kian hari kian lemah itu.

Tindakan TS Kadir keluar dari parti itu merupakan bayangan menifestasi sebenarnya yang berlaku didalam Umno. Sebagai seorang yang telah bersama dengan parti itu selama 5 dekad lebih itu, tindakan beliau itu tentunya didasarkan kepada masalah-masalah yang berlaku didalam Umno kerana saya secara peribadi merasakan apa yang diresahkan oleh TS Kadir itu.

Meninggalkan parti itu adalah satu-satunya pilihan TS Kadir kerana tidak ada maknanya jika berada didalam parti yang meresahkan beliau. Tentulah berbagai-bagai tohmahan akan dilemparkan kepada beliau oleh penyokong dan penjilat pimpinan parti itu tetapi biarkan sahaja mereka berbuat apa yang mereka suka. Kita sahaja yang tahu perbezaan berada diluar parti yang kini sedang menuju kepada penghujung perjuangannya.

Saya telah dihubungi oleh ramai juga rakan-rakan kenalan dan yang tidak saya kenali bertanyakan tentang tindakan TS Kadir ini untuk mendapat komen saya. Saya hanya memberikan pandangan yang berlainan. Orang lain biarlah dengan pandangan mereka. Ia bergantung kepada matlamat masing-masing. Jika matlamatnya ialah untuk meneruskan agenda memusnahkan rasuah tegar dan menjauhi dari penjajahan pemikiran oleh pimpinan yang hanya mementing perut mereka sahaja, meninggalkan Umno itu merupakan jalan yang terbaik.

Menentang kegiatan rasuah didalam parti dan kerajaan didalam Umno akan hanya mengundang diri kita dihina dan dinesta kerana mereka didalam parti itu tidak lagi mahu melihat rasuah itu dihapuskan. Saya pernah menyatakan dengan jelas yang Umno dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing yang saling menyandar diantara satu dengan lain. Rasuah tidak akan berkembang pesat tanpa Umno dan Umno pula tidak akan hidup tanpa rasuah. Rasuah itu sudah menjadi pakaian kepada pemimpin-pemimpin Umno disetiap peringkat.

Isu negara sejak tiga dekad dahulu adalah rasuah. Rasuah inilah yang membawa kepada masalah-masalah yang lain kerana apabila pemimpin politik dan pelaksana mengamalkan rasuah mereka tidak akan membuat keputusan dengan baik lagi. Bagi melindungi rasuah maka pimpinan terpaksa berbohong dengan rakyat. Mereka terpaksa berbohong beribu kali kerana bohong mereka yang pertama dahulu.

Dulu mereka boleh berbohong sekehendak hati, tetapi apabila rakyat sudah menjadi rakyat yang bermaklumat maka pimpinan sudah tidak lagi boleh melindungi perkara mungkar yang mereka lakukan.

Kini TS Kadir meninggalkan parti dan beliau tidak kesaorangan. Ratusan ribu “card-carrying members” Umno tidak memberikan sokongan terhadap parti itu lagi. Mereka adalah diantara ahli yang sudah merasa jemu dengan kerenah pemimpin-pemimpin mereka. Minggu ke minggu, tahun berganti tahun, pemimpin-pemimpin Umno telah memberikan masalah kepada parti. Sepatutnya pemimpin yang menahan ragam ahli-ahli yang ramai ini.

Tetapi sekarang keadaan sudah terbalik. Pemimpin-pemimpin mereka pula yang memberi masalah kepada parti. Pemimpin parti sekarang tidak berkelayakan untuk dituakan (hormati). Sepatutnya kita ikut perbilangan; yang muda membuat ragam dan yang tua menahan ragam. Banyak kritikan terhadap TS Kadir ini datangnya dari orang-orang baru, yang sedang cuba-cuba mengenali Umno itu.

Kebanyakkan dari mereka ini jika diperbandingkan dengan usia dan pengalaman dalam Umno ini tidak lebih dari orang yang masih belum mengenali yang mana satu tangan kanan untuk makan dan yang mana tangan kiri untuk beristinjak. Umno kata orang, Umno kata mereka. Tetapi mereka tidak tahu dan masih belum mengenali Umno yang sebenarnya.

Itulah sebabnya ramai diantara yang menulis dialam maya ini menulis mempertahankan Umno itu bukan kerana mereka mengenali parti itu sebaliknya kerana mempertahankan apa yang mereka ada atau apa yang mereka boleh perolehi. Malahan setengahnya mendapat imbuhan untuk mencarut dan menggunakan bahasa yang tidak menunjukkan ketamaddunan mereka.

Tindakan TS Kadir keluar parti itu merupakan cebisan dari perasaan tidak puas hati dengan “conduct” Umno sekarang ini. Perasaan itu dirasakan juga oleh ramai ahli-ahli Umno yang lain. Hanya mereka tidak berani bersuara kerana salah satu kejayaan Umno ialah untuk membentuk sindrom bisu dikalangan ahli-ahlinya. Ada mata pandang ada telinga dengar sahaja.

Dalam keadaan beginilah yang membuatkan orang Melayu terbantut daya pemikiran mereka. Itu jelas merupakan sumbangan besar Umno terhadap orang Melayu. Saya berkeyakinan ramai lagi ahli-ahli Umno akan mengikut jejak langkah TS Kadir itu. Seperti pilihanraya 2008 yang lalu, lebih dari sejuta ahli Umno keluar parti di dalam bilik mengundi disaluran masing-masing nanti.

Lain-lain perkataan TS Kadir sempat keluar sebelum parti itu diketepikan oleh rakyat tidak lama lagi. — aspanaliasnet.blogspot.com

CategoriesUncategorized

9 Replies to “Kadir Sheikh Fadzir sempat keluar Umno sebelum parti itu diketepikan”

  1. TS Kadir’s departure from UMNO will exert moral pressure on Ku Li – will he follow suit? Kadir’s leaving is also a moral blow on UMNO. This is not an insignificant development. This is a man who faithfully served UMNO for over 30 years and was treasurer of his division up to the time he resigned! He has that span of time to observe UMNO before and UMNO now. So certain amount of weightage is given to what he says or does in relation to UMNO. And what he is saying is that although money politics and corruption did exist before (mark up may be, say, 3-10%) it is nothing compared to the scale and dimension of money politics and corruption now (mark up may be 300 + % or more)!

  2. Now the PM has come out with a plethora of acronyms – 1 Malaysia, ETP, NKRA, KR1M, PR1MA, MR1M, BR1M etc – but when Kadir points out something like RM200 and RM1 000 being paid to voters in previous elections in exchange for votes, no less a personage as UMNO secretary general told him that if he had so much to complain about UMNO what did he remain! This must have hurt him. His criticisms were not taken in the spirit of constructive criticisms for UMNO to re-invent and transform as proclaimed by the PM. Unless there’s genuine transformation, the only meaningful acronym that may well be proven true eventually may be RAHMAN!

  3. Coirrection – “…WHY did he remain!”
    Kadir was told to shut up if he were to remain. It is a proposition that self respect cannot stomach!

    Which applies equally to Ku Li who, in Terence Netto’s words, is treading on the”wispy divide between loyal dissent within UMNO and insurgent dissidence”!

    Well there’s no such thing as loyal dissent as the example of how Kadir is treated shows! Ku Li and Kadir are chief and deputy respectively in NGO Angkatan Amanah Merdeka ostensibly because UMNO offers no space for dissent. The pressure is now on Ku Li because his deputy has taken a position of leaving UMNO on moral grounds. Can Ku Li do less now that it is clear that ‘loyal dissent’ within UMNO is a myth? The pressure on Ku Li is that a leader clearly has to show greater moral example than his deputy.

  4. Forget Kadir, to Umno he his nobody, Umno could easily buy his stay if Umno choose to.

    Umno can buy anything they want, that is a fact. They can buy ‘win’ of any election, they can even buy and spend into developed nation status by 2020. Other than buying and spending, they don’t know much.

  5. Like many, his heart is still with the party and its leadership…….he is trying to contribute by leaving.

    They knew many policies and implementation were wrong decades ago…but don’t care!

Leave a Reply