Budaya vandalisma semakin berkembang

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Feb 23, 2012

23 FEB — Apabila terfikir kembali tentang isu penyenaraian FELDA, saya tidak dapat melihat apa kah sebabnya yang kerajaan mahukan penyenaraian ini dilakukan dalam apa juga keadaannya. Saya tidak faham kenapa setiap badan-badan serta agensi kerajaan yang maju sentiasa berakhir dengan kerosakan.

Dulu MAS merupakan sebuah syarikat penerbangan yang premium jika berbanding dengan syarikat-syarikat penerbangan lain di dunia ini. Oleh kerana MAS begitu berjaya di bawah pengurusan Saw Huat Lai dan kemudiannya dikembangkan lagi oleh Tan Sri Aziz Abd Rahman maka setiap mata mereka yang meleleh air liur telah menjualkannya kepada Tajuddin Ramli. Sejak penyerahan MAS kepada Tajudin Ramli, MAS telah menjadi apa yang kita lihat pada hari ini.

MAS mengalami kerugian sehinggakan kerajaan terpaksa melakukan “bail-out” dengan membeli kembali saham-saham syarikat itu dengan harga yang sama yang dijual kepada Tajudin sebelumnya. Kerugian yang dialami oleh MAS begitu besar sehinggakan MAS tidak lagi boleh bangun sampai ke hari ini.

Hari ini MAS telah dipergunakan oleh AirAsia, dalam satu “share swapping” yang sangat menyedihkan mereka yang memahami keadaan sebenarnya. Tindakan “share swapping” ini pula diberikan sokongan oleh pihak kerajaan (Khazanah).

MAS mendapat hanya air lelehan dari AirAsia sahaja. Kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka yang telah kita berikan amanah untuk menjaga kepentingan rakyat itu tidak jujur dan hanya memikirkan kepentingan diri mereka sendiri.

Banyak lagi insiden-insiden buruk seperti ini telah dilakukan oleh pihak yang berkuasa. Sekarang ini penjenayah kolor putih ini sedang cuba untuk memerah dan merosakkan FELDA pula. Di mana sahaja ada wang yang besar di situlah pemimpin berlumba-lumba untuk mengambil kesempatan.

Sesungguhnya FELDA tidak payah disenaraikan terutamanya KPF itu. Jika sungguh niat pimpinan Najib Razak ini ikhlas dan mahukan juga ada penyenaraiannya elok di senaraikan anak-anak syarikatnya yang banyak telah membuat keuntungan besar dalam mana KPF itu sendiri membeli saham dalam syarikat IPO yang baru itu. Ini lebih bermakna.

Tetapi masalahnya niat kenapa hendak menyenaraikan FELDA serta koporasinya itu tidak dapat kita bayangkan. Tentulah ada niat yang terselindung dan akan diketahui oleh mereka yang mempunyai niat yang tersembunyi itu.

Apa sahaja agensi kerajaan yang membuat banyak keuntungan, di situlah ramai pemimpin berlumba-lumba untuk merosakannya. Kadangkala saya tefikir juga yang pimpinan kita merupakan kumpulan yang suka melakukan vandalisma terhadap semua perkara yang baik dan kukuh yang telah dilaksanakan oleh pimpinan yang terdahulu.

Atau dalam bahasa kasarnya mereka ini merupakan kumpulan “makhlok perosak” yang tidak ingin melihat kejayaan kepada rakyat dan negara ini. Usahkan hendak membina kejayaan yang baru… yang sudah berjaya pun hendak dirosakan. — aspanaliasnet.blogspot.com

CategoriesUncategorized

5 Replies to “Budaya vandalisma semakin berkembang”

  1. Dis is what UmnoB/BN r GOOD at: GOLD DIGGERs, everything n anything good here kena dig, dig, dig, jiak ka liao by UmnoB/BN kakis n cronies, collapsed n buang back 2 rakyat
    Now also got SAMSENG using physical forces on others 2 prevent them fr exposing d TRUTH or mouth-foaming, finger-wagging rabid female creature hurling false accusations (better than live ge tai 歌台 show, luv it)

  2. Jiak Jiak Jiak. That is all they ever do. Yeah eat eat and eat. Grow fat, grow fat and grow fatter all the time. I suspect that if you were to let them hold a piece of gold they would somehow suck the gold out of the metal. It is ridiculous, I know, but isnt it true? MAS was a good company. And look at what vampire umno did to the company. And look, malaysia is the third richest country in asia 50yrs ago and again look at what vampire umno has done to it.

  3. No problem about MAS, I just look at SIA to see what MAS should have been.

    Both were originally ‘Malayan Airlines’. When Singapore got kicked out, the bigger half became MAS and a small stump became SIA.

    Like many things in malaysia, we just need to look as Singapore to see what might have been. Same nation two different paths.

    If a dot can be great, imagine what Malaysia could have been?

Leave a Reply