Setakat hari ini dilaporkan sekurang-kurangnya 86 orang telah terbunuh manakala 300,000 lagi telah melarikan diri di tengah-tengah keganasan yang semakin memuncak di wilayah Rakhine, Myanmar.
Human Rights Watch sejak Sabtu lalu telah melaporkan beberapa gambar satelit menunjukkan beberapa perkampungan etnik Rohingya di wilayah tersebut telah dibakar, dan menjadi bukti kepada pembersihan etnik yang tidak boleh dinafikan lagi.
Apa yang lebih mengecewakan ialah kegagalan pemenang Hadiah Keamanan Nobel, Aung San Suu Kyi untuk menawarkan keamanan, bahkan dituduh pula tidak mendengar keluh kesah nasib penduduk Islam Myanmar. Suu Kyi tidak menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.
Kegagalan Suu Kyi untuk bersuara bagi pihak etnik Rohingnya yang teraniaya adalah keaiban dan penghinaan kepada hadiah Nobel yang telah dianugerahkan kepada beliau. Apatah lagi setelah partinya yang mengusung nama ‘demokrat’ berjaya meraih kemenangan yang begitu besar tahun lalu, bagi menafikan kekuasaan pentadbiran tentera selama lebih dua dekad lampau. Continue reading “Sebagai juara hak asasi manusia, Aung San Suu Kyi mesti membuktikan bahawa beliau adalah juara untuk semua lapisan manusia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah dan latar belakang”