The Malaysian Insider
Monday November 23, 2015
KUALA LUMPUR, 23 Nov — Wujud gerakan dari dalam Umno sendiri untuk mendesak Presidennya Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, dedah setiausaha agung parti.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata gerakan “orang dalam” parti itu sedang mengumpulkan 300 cawangan bagi tujuan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.
“Kita tahu ada dalang yang berlegar dalam Umno yang ingin melihat ada percanggahan dan kekeruhan berlaku dalam parti kerana sehingga kini mereka tahu bahawa Umno adalah sebuah parti yang kukuh.
“Dalang ini merupakan orang yang kecewa dengan parti. Kita tiada masalah, Umno mempunyai 25,000 cawangan seluruh negara, walaupun 300 cawangan dibayar untuk membuat kenyataan sedemikian, ia langsung tidak akan menjejaskan parti.
“Tindakan cawangan parti yang telah mengeluarkan kenyataan juga tidak mengikut saluran yang betul,” Tengku Adnan, juga dipanggil Ku Nan, dipetik berkata.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapa di belakang gerakan tersusun itu. Continue reading “300 cawangan Umno diupah bagi desak Najib undur, kata Ku Nan”