– Abdul Aziz Isa
The Malaysian Insider
10 September 2015
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), DAP buat pertama kalinya meletakkan calon di negeri Perlis di Dewan Undang Negeri (DUN) Titi Tinggi. Calon DAP iaitu Teh Seng Chuan memperoleh undi sebanyak 2,439, calon MCA iaitu Khaw Hock Kong memperoleh undi sebanyak 3,925 manakala calon bebas Yaacob Man memperoleh undi sebanyak 968. Majoriti undi calon MCA adalah 1,486.
Jika berlaku 2 penjuru, tidak mustahil undi calon bebas (andai kata sahaja, kita hiraukan sama ada undi calon bebas itu majoriti Melayu atau ada undi Cina) akan pergi ke calon DAP dan kemungkinan besar calon DAP akan memperoleh undi sebanyak 3,407 dan ini akan mengurangkan majoriti MCA sebanyak 518 undi.
Hal ini menunjukkan pada PRU14 akan datang DAP akan dapat menewaskan calon MCA di DUN Titi Tinggi dan seterusnya mencipta sejarah baharu dengan melahirkan “anak sulung” DAP di negeri Indera Kayangan itu. Continue reading “DAP bakal lahirkan ‘anak sulung’ di Indera Kayangan?”