(Scroll down for English text)
Pemimpin-pemimpin politik boleh bertemu dan membincangkan cadangan menarik Mahathir untuk melihat sejauh mana ia boleh membawa kepada matlamat “Menyelamatkan Malaysia”
Pada Mac tahun ini, saya telah menyarankan agar rakyat Malaysia mengumpul keberanian untuk memikirkan perkara-perkara yang tidak terfikirkan, termasuk membayangkan kemunculan seorang Perdana Menteri baru dan gabungan kerajaan baru sebelum Pilihanraya Umum ke-14 dalam tempoh tiga tahun ini bagi “Menyelamatkan Malaysia”, mempertahankan Perlembagaan Malaysia, kedaulatan undang-undang dan membentuk urus tadbir yang baik.
Menerusi beberapa kenyataan media dan ucapan sepanjang Mac dan April, saya telah membincangkan kemungkinan wujudnya satu pakatan besar “Menyelamatkan Malaysia” pasca-BN dan pasca-PR.
Saya juga telah menyatakan dengan jelas bahawa jika pakatan besar “Menyelamatkan Malaysia” pasca-BN dan pasca-PR itu dibentuk, ia mestilah tidak terhad kepada hanya kaum atau agama tertentu tetapi meliputi semua kaum, agama, dan daerah, atau dalam ungkapan lain, sebuah kerajaan gabungan yang jamak-kaum, jamak-agama dan jamak-daerah, meliputi Muslim dan bukan-Muslim, Melayu dan bukan-Melayu, serta warga Malaysia dari Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.
Gabungan itu juga mesti melampaui pakatan dan parti politik sedia ada, merangkumi Ahli-Ahli Parlimen dari kedua-dua kubu politik dan juga kedua-dua sisi Laut Cina Selatan, iaitu meliputi Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, bagi mempertahankan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dengan seorang Perdana Menteri baru dan sebuah kerajaan Malaysia yang baru. Continue reading “Political leaders can meet and discuss Mahathir’s interesting proposition to see how far it could advance the cause of “Save Malaysia””