(Scroll down for English text)
Semua ahli UMNO mesti berdiri di barisan pertahanan paling depan untuk mempertahankan institusi-institusi negara dan menuntut Najib untuk secara peribadi bertanggungjawab atas pertukaran dua orang Pengarah SPRM, iaitu Bahri dan Rohaizad, dari SPRM jika beliau enggan membatalkan arahan kepada kedua-dua mereka untuk melaporkan diri di Jabatan Perdana Menteri esok
Negara mana dalam dunia ini yang perdana menterinya berikrar untuk menjadikan pembanterasan rasuah sebagai dasar utamanya tetapi dia sendiri dituduh memiliki segunung wang, dalam kes ini sebanyak RM2.6 bilion, yang disalurkan medalam akaun peribadinya sejurus sebelum Parlimen dibubarkan untuk membuka jalan kepada pilihanraya umum?
Negara mana dalam dunia ini yang perdana menterinya dituduh melakukan korupsi melibatkan wang sebanyak RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun perbankan peribadinya tetapi membisukan diri selama lebih sebulan tanpa mengatakan hatta semudah “Ya” atau “Tidak” untuk mengesahkan sama ada wang sejumlah itu pernah diterimanya atau tidak, sebaliknya terpaksa meluangkan masa yang lama untuk menyusun strategi bersama-sama para penasihat komunikasi beliau untuk mencari cara bagi menjelaskan deposit sebanyak RM2.6 bilion tersebut sebelum akhirnya membuat pengakuan – lima minggu selepas tuduhan berkenaan kali pertama muncul dalam Wall Street Journal pada 3 Julai 2015?
Negara mana dalam dunia ini yang mempunyai Pasukan Petugas Khas yang melibatkan pelbagai agensi, termasuk Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara, yang berperanan menyiasat skandal kewangan terbesar negara ini, iaitu skandal RM42 bilion 1MDB dan penyaluran wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi PM, tetapi tidak dibenarkan menyempurnakan penyiasatan apabila tiga daripada empat agensi terbabit dilumpuhkan oleh penguasa, iaitu apabila Peguam Negara dipecat, Gabenor Bank Negara pula “kurang sihat” dan pegawai-pegawai SPRM ditangkap dan ditukar jabatan serta-merta?
Negara mana dalam dunia ini mempunyai agensi pencegahan rasuah yang terpaksa memilih jalan akhir dengan meminta pertolongan tuhan menerusi solat hajat untuk menjalankan tugas pencegahan rasuah dan memelihara diri mereka, memandangkan ada kuasa lebih kuat yang masuk campur dalam tugas mereka untuk membasmi rasuah? Continue reading “All UMNO members must form the first line of defence of national institutions and hold Najib personally responsible for the punitive transfer of the two MACC Directors Bahri and Rohaizad out of MACC if he does not countermand the order to the duo to report to the PMO tomorrow”