A Shukur Harun
The Malaysian Insider
14 July 2015
Bagi umat Islam di Malaysia yang mengikuti perkembangan gerakan Islam atau politik Islam yang kini menghadapi pelbagai masalah, menyebabkan pelbagai persoalan dan tanda tanya berlegar di sekitar mereka – apakah sebenarnya yang terjadi.
Apakah tidak ada penyelesaian, atau menempuh jalan mati? Sedangkan mereka mendakwa berpandukan ajaran Al-Quran dan Sunnah sejak berabad-abad lamanya.
Persoalan yang menimbulkan perbalahan ini antaranya disebabkan perbezaan pandangan antara mereka yang sempit dan keras (shadid) dalam memahami Islam dengan pandangan mereka terbuka dan lunak didukung dengan kebijaksanaan – sesuai dengan watak Islam itu sendiri yang unggul, anjal, diterima di sepanjang aman dan keadaan, mampu menangani perubahan dan segalanya.
Bagi golongan jalur keras, Islam itu lebih banyak dilihat daripada aspek hukum daripada aspek yang lain. Continue reading “Harapan kepada ustaz muda progresif”