oleh WAN HAMIDI HAMID
Roketkini
3 Julai 2015
Sekalung tahniah untuk sekumpulan 146 aktivis politik yang menggelar diri sebagai Anak Muda atas keberanian menyuarakan keinginan mereka kepada sebuah kerajaan alternatif.
Pada masa yang sama, mungkin kerana salah faham atau kurang maklumat, ada yang membuat generalisasi bahawa “Anak muda berasa mual melihat parti-parti yang kononnya berpakat, tetapi gagal mengurus egosentrik lantas memberi talian hayat kepada Kerajaan minoriti Barisan Nasional”.
Sebenarnya ayat lazim seperti ini tidak akan membantu kepada penyelesaian masalah. “Mual”, “egosentrik”, “talian hayat” kepada musuh politik adalah antara kata-kata yang penuh dengan pelbagai telahan negatif.
Tuduhan seperti itu sama seperti sikap seorang guru sekolah yang menyangka dirinya adil dengan menghukum kedua-dua pembuli dan mangsa yang dibuli tanpa sebarang siasatan. Continue reading “DAP “egosentrik”? Benarkah begitu wahai anak muda?”