Lim Kit Siang

RENUNG SIASAH (2)

Pak Samad
7 Julai 2015

Dewan Rakyat seeloknya
didakap haruman luhur;
pagi ini tengek baunya
sebab dihalang berjujur.

Atas lantai tepi Dewan
pembangkang tabah berlawan
disuluhnya sarang tipuan
dipetiknya kebenaran.

Maruah sebuah Dewan
tampak mula dirongakkan.

A. SAMAD SAID