Pak Samad
6 Julai 2015
Melayu dalam Dieypi
dituduh hanya Pak Pacak;
belum pun dimulai diari
dakwat sudah pun merebak.
Jerit ampu dari saku,
rindu diri jadi insan;
bisik khidmat dari qalbu:
tak pula yang lain setan.
Cuma hati runcing runsing
bulan puasa ada samseng?