(Scroll down for English text)
Politik Malaysia sudah pun kotor dan tercemar tanpa perlu Mustafa Ali melompat masuk ke dalam lubuk politik ini dengan pembohongan dan fitnah untuk memburukkan serta membunuh wibawa Progresif PAS yang masih lagi bersamanya sebagai rakan seperjuangan PAS
Dua hari lalu, saya terkejut apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, telah meniru suara propagandis dan tentera maya UMNO dengan menuduh DAP sebagai “cauvinis” semata-mata kerana DAP menuntut dihidupkan kembali pilihanraya kerajaan tempatan, yang sememangnya terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat Nasional dan Manifesto Pakatan Rakyat Selangor dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu.
Hadi seolah-olah tidak tahu bahawa pilihanraya kerajaan tempatan wujud di Indonesia, Turki dan Iran. Tak kanlah Hadi nak menuduh Presiden Jokowi dari Indonesia, Presiden Erdogan (Turki) dan bekas Presiden Ahmadinejad (Iran) adalah “komunis” dan “cauvinis” kerana mereka melaksanakan pilihanraya tempatan?
Hari ini saya terkejut apabila seorang lagi pemimpin kanan PAS, bekas Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali yang turut meniru suara propagandis dan tentera maya UMNO kononnya parti baru yang akan ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS bakal menghadapi masalah kerana ia adalah proksi DAP, dan dengan itu, orang Melayu tidak akan percaya kepada parti itu.
Sedangkan Mustafa sendiri telah mengakui bahawa label “proksi DAP” ini telah digunakan terhadap PAS apabila PAS bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Adakah PAS pernah menjadi proksi DAP? Adakah ia menjadi sebab mengapa PAS sukar mendapat sokongan orang Melayu? Continue reading “Malaysian politics are dirty and polluted enough without Mustafa having to leap into the swamp with lies and falsehoods to demonise and character-assassinate PAS progressives”