A Shukur Harun
The Malaysian Insider
23 June 2015
Beberapa hari selepas Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said menyertai DAP, beberapa sahabat bertanyakan pendapat saya mengenai langkah sasterawan ternama itu, saya menjawab: “Apa salahnya, ini demokrasi, Samad seorang pemikir dan dia sudahpun berfikir sebelum menyertai DAP.”
Untuk beberapa hari saya belum lagi menghubunginya, memikirkan mungkin beliau sedang sibuk dengan perkembangan baru ini, hinggalah penyair Dinsman memberitahu saya bahawa Samad mahu mendengar pendapat saya mengenai langkahnya itu.
Lalu saya menghubunginya, mengucapkan tahniah kepadanya kerana memilih parti yang berintegriti, mempunyai imej bersih. Beliau mengucapkan terima kasih kepada saya.
Pada pendapat saya, sasterawan negara itu membuat pilihan yang tepat, iaitu memilih parti yang mampu mempertahankan integritinya, teguh pada prinsip perjuangannya untuk menegakkan demokrasi dan keadilan, menentang perkauman, walaupun selama puluhan tahun DAP digambarkan sebagai parti chauvinis Cina dan pelbagai lagi. Continue reading “Pak Samad pilih parti berintegriti”