(Scroll down for English text)
Pelan tindakan lapan tahun ‘Selamatkan Pakatan Rakyat’ dengan memperkukuh Dasar Bersama yang telah berjaya mendapat sokongan 52% daripada jumlah pengundi
Pakatan Rakyat sudah tidak ada masa. Dalam masa dua minggu lagi, Pakatan Rakyat mungkin sahaja tidak wujud lagi.
Ini suatu perkembangan politik yang sangat lucu.
Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang berada pada tahap paling lemah dalam sejarah, berpaut kepada kuasa sebagai kerajaan minoriti pertama dalam sejarah Malaysia.
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak telah terpaksa menjelajah ke seluruh negara untuk meraih sokongan orang ramai lantaran skandal kewangan dan pecah belah di dalam Umno yang semakin menjadi-jadi, serta demi melengahkan kempen dahagi yang sedang dikepalai oleh mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno yang paling lama, untuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan. Sementara itu Ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak serta parti-parti komponen mereka (yang bertanggungjawab meletakkan Najib di kerusi Perdana Menteri) sedang memantau dengan sangat teliti sama ada Najib akan mengkhianati kontrak sosial dan Perjanjian Malaysia 1963 hanya demi memastikan survival politiknya sendiri. Continue reading “An Eight-Year “Save PR” Roadmap by reaffirming PR Common Policy Framework which had won support of 52% of the electorate”