(Scroll down for English text)
Arul Kanda dan Shahrol Halmi tidak hadir perbicaraan PAC – beban terakhir skandal 1MDB; Kabinet mesti memecat seluruh Lembaga Pengarah 1MDB pada hari Rabu nanti, atau sebaliknya seluruh Kabinet mesti letak jawatan
Tindakan kedua-dua presiden merangkap pengarah eksekutif kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan bekas CEO 1MDB Shahrol Halmi untuk tidak hadir perbicaraan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam esok adalah apa yang disebut pepatah Inggeris sebagai “last straw that breaks the camel’s back” dalam skandal RM42 bilion 1MDB.
Ia wajar menyedarkan rakyat Malaysia yang masih terlena dan merasakan seolah-olah tiada sebarang masalah dengan skandal 1MDB.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu dalam sebuah rakaman ucapannya kepada empat Bahagian Umno minggu lalu bahawa skandal 1MDB adalah “last straw that breaks the camel’s back” dan akan menyebabkan kejatuhan kerajaan Umno/BN. Inilah sebabnya kenapa beliau mahu seluruh Lembaga Pengarah 1MDB dipecat, serta disiasat oleh pihak polis.
Rakaman ucapan Muhyiddin itu telah dimuatnaik ke YouTube menggunakan beberapa akaun dan telah ditonton hampir setengah juta kali dalam tempoh empat hari lalu. Continue reading “Arul Kanda and Shahrol Halmi skipping PAC hearing – the last straw that breaks the camel’s back on 1MDB scandal and Cabinet must sack the whole board or sack itself”