– Zairil Khir Johari
The Malaysian Insider
23 March 2015
Apabila saya diajukan soalan sama ada saya akan menyokong atau tidak rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa PAS ke Parlimen bagi membenarkan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan, saya memberikan jawapan yang tegas dan jelas – tidak.
Keputusan saya itu berdasarkan ketetapan parti dan lebih penting lagi adalah pendirian saya sebagai seorang ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia.
Namun, saya dikecam dengan pelbagai tomahan dan celaan kononnya saya menafikan hukum Allah, bersekongkol dengan kafir, mengkhianati Islam dan sebagainya.
Sama ada mereka yang mencaci saya itu benar-benar Muslim yang mencari keredhaan Allah itu saya kurang pasti, tetapi dari segi akhlak dan kesopanan mereka saya agak ragu.
Bagaimanapun, izinkan saya menerangkan mengapa saya menolak rang undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS ini.
Hudud PAS bukan hudud Allah
Pertamanya, saya ingin menegaskan enakmen yang dirangkakan PAS ini bukan hukum Allah yang kudus, tetapi undang-undang yang sudah terbancuh dengan pentafsiran manusia.
Hukum yang diturunkan dalam al-Quran cukup lengkap dan tidak boleh dipinda, sedangkan hudud yang dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ini jelas jauh daripada sempurna.
Sebagai contoh, rang undang-undang yang diluluskan oleh DUN Kelantan pada 19 Mac lalu merupakan pindaan kepada enakmen yang sama pada tahun 1993.
Antara kandungan pindaan adalah pada Seksyen 15(2) kanun tersebut dengan penambahan peruntukan hukuman takzir bagi kesalahan liwat ke atas isteri.
Pindaan ini jelas menunjukkan bahawa apabila sesuatu ajaran agama yang suci itu diimplementasikan sebagai undang-undang dalam kerangka kenegaraan moden, maka ia akan terbuka kepada pentafsiran yang menghilangkan sisi kudusnya.
Persoalannya, seanjal manakah pentafsiran ini boleh berlaku? Umpamanya, atas name agama, wanita diharamkan memandu kereta di Arab Saudi sementara di Sudan mereka diharamkan memakai seluar.
Di manakah garis sempadan pentafsiran ini dan siapakah yang berhak untuk menentukan batasannya jika segala yang dibuat kononnya atas nama kitab suci Al-Quran?
Malah, jika diteliti, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) 2002 yang diluluskan kerajaan Terengganu semasa pemerintahan PAS mempunyai perbezaan dengan enakmen Kelantan.
Pada mulanya, enakmen hudud di Terengganu memiliki tujuh perkara, yakni zina, qazaf, mencuri, minum arak, murtad, merompak dan bughah (derhaka).
Enakmen di Kelantan pula hanya mempunyai enam perkara dan tidak merangkumi hukum bughah.
Akhirnya, perkara ini digugurkan daripada enakmen Terengganu. Apakah demikian mudah hukum “Tuhan” boleh dipinda-pinda dengan begitu sahaja?
Selain itu, terdapat banyak lagi kritikan terhadap kedua-dua enakmen ini, khususnya berkenaan kedudukan orang bukan Islam, penindasan terhadap wanita dan ketidakselarian antara kedua-dua enakmen ini, sepertimana yang diulas secara mendalam oleh tokoh sarjana Islam Profesor Hassan Kamali dalam bukunya – Hukuman dalam undang-undang Islam: Suatu penelitian terhadap hukum hudud Kelantan dan Terengganu.
Pada masa yang sama, terdapat juga tokoh-tokoh agama yang berpandangan hukuman rejam sehingga mati, seperti yang diperuntukkan dalam hudud Kelantan, tidak termaktub dalam Al-Quran dan sebenarnya merupakan nas hadis yang sepatutnya disifatkan sebagai takzir kerana berasal daripada syariat Yahudi.
Dalam erti kata lain, ini menunjukkan hudud PAS mengandungi pelbagai sisi yang menjadi pertikaian ulamak dan tidak wajar diterima bulat-bulat.
Hudud percaturan politik Umno
Dalam membincangkan isu hudud PAS ini juga, perlu diingati kemunculan usaha terburu-buru PAS untuk melaksanakan hukum yang jelas masih tidak sempurna dan penuh pertikaian ini sebenarnya tercetus ekoran gesaan Umno dan sesetengah pemimpin PAS yang cenderung Umno.
Bagi Umno, hudud dilihat sebagai tukul yang dapat meretakkan hubungan Pakatan Rakyat, khususnya antara PAS dan DAP.
Manakala bagi pemimpin PAS yang giat menggerakkan usaha ini pula, mereka beranggapan kejayaan untuk melaksanakan hudud akan memperkuatkan kedudukan politik mereka.
Namun demikian, saya amat kesal kerana PAS sudah termakan umpan Umno dan sanggup bersekongkol dengan parti tersebut, sedangkan kegagalan pelaksanaan enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu dahulu adalah akibat halangan kerajaan pusat yang dikuasai Umno.
Jika Umno kelihatan berjinak dengan hudud pada masa kini, ia hanya kerana mereka sudah terdesak akibat kekalahan paling teruk dalam sejarah pada pilihan raya umum yang lalu.
Sekiranya Umno benar-benar ikhlas menyokong hudud, sudah pasti Umno tidak teragak-agak untuk melaksanakannya di Terengganu di mana mereka kini memerintah. Namun tidak pula kelihatan komitmen Umno untuk melakukannya.
Oleh itu, hudud kepada Umno sekadar percaturan untuk memecah-belahkan saingan politik mereka serta mengalih perhatian rakyat daripada masalah-masalah pentadbiran semasa seperti cukai GST yang bakal dilaksanakan dan skandal besar 1MDB yang melibatkan berbilion ringgit wang negara.
Saya harap PAS sebagai parti paling dewasa dalam Pakatan Rakyat dapat sedar akan muslihat licik ini.
Fiqh al-Awlawiyat dan maqasid al-Syariah
Akhir sekali, saya ingin menegaskan kritikan terhadap pelaksanaan hudud ini bukan hanya daripada orang awam dan bukan Muslim, bahkan daripada sarjana Islam sendiri.
Sebagai contoh, cendekiawan Islam terkemuka Profesor Tariq Ramadan menyeru agar hudud ditangguhkan atas sebab keadaan dunia yang berubah dan tidak kondusif kepada pelaksanaan hudud.
Pada masa yang sama, ramai ulamak lain juga menggariskan keperluan untuk berlandaskan kepada Fiqh al-Awlawiyat, ataupun keutamaan sesuatu perkara, dalam usaha menegakkan syariat Islam.
Sebagai contoh, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, yang merupakan antara sarjana Islam tersohor dunia, pernah menyebut bahawa al-Quran mengandungi 10 ayat sahaja yang menyentuh berkenaan dengan hudud, namun mengapa kita memberi penekanan kepada ayat-ayat tersebut dan meninggalkan atau melupakan lebih 6,000 ayat yang lain?
Tambahan pula, sebarang pelaksanaan undang-undang Islam juga perlu memenuhi Maqasid al-Syariah. Dalam aspek ini, hukuman dilihat hanya sebagai jalan dan bukannya matlamat besar, yakni untuk menegakkan keadilan.
Semoga dengan penjelasan ini, para demagog hudud PAS akan merenungkan semula permasalahan hudud ini secara rasional.
Pakatan Rakyat sudah begitu hampir untuk mencapai cita-cita bersama untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan menghapuskan kezaliman yang selama ini membelenggui rakyat Malaysia. Mengapakah harus kita berhenti di sini? – 23 Mac, 2015.
* Zairil Khir Johari seorang ahli Parlimen Bukit Bendera dan penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP.
The fact of the matter is PAS DO NOT HAVE THE VOTE IN PARLIAMENT to pass the bill because its clear there is at least a few UMNO MPs that will vote no.
Najib would be a fool to even let the bill go to vote because all that would happen is PAS then can use it to train ALL their guns at him bringing up EVERY MISDEED, MISTAKE he has made his entire career including the current ones like 1MDB, Jets etc.. labeling him a bad Muslim..
Its time to focus pass the bill, its a non-issue anymore..
There is evidence Hadi is a big fat liar over d hudud issue within PR
Should apply hudud punishment on him
What’s dat? Cut off tongue? Stone d tongue?
Well said
Just like, http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/the-hudud-watershed-zaid-ibrahim
Well said
Just like http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/only-fools-talk-about-hudud-in-malaysia-says-umno-minister
Better 4 ppl 2 speak out now
Modified fr a similar situation
First they wanted 2 table d hudud private members bill, and I did not speak out — Because I was not a Muslim.
Then they wanted 2 impose d Islamic penal code (“a Taliban-style fascism”, described by ZI) on all rakyat and chucked away our secular Constitution — and there was no one left to speak for me.
Well said
Just like http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/only-fools-talk-about-hudud-in-malaysia-says-umno-minister
Better 4 ppl 2 speak out now
Modified fr a similar situation
First they wanted 2 table d hudud private members bill, and I did not speak out — Because I was not a Muslim.
Then they wanted 2 impose d Islamic penal code (“a T@liban-style f@scism”, described by ZI) on all rakyat and chucked away our secular Konstitution — and there was no one left to speak for me.