– Zairil Khir Johari
The Malaysian Insider
23 March 2015
Apabila saya diajukan soalan sama ada saya akan menyokong atau tidak rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa PAS ke Parlimen bagi membenarkan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan, saya memberikan jawapan yang tegas dan jelas – tidak.
Keputusan saya itu berdasarkan ketetapan parti dan lebih penting lagi adalah pendirian saya sebagai seorang ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia.
Namun, saya dikecam dengan pelbagai tomahan dan celaan kononnya saya menafikan hukum Allah, bersekongkol dengan kafir, mengkhianati Islam dan sebagainya.
Sama ada mereka yang mencaci saya itu benar-benar Muslim yang mencari keredhaan Allah itu saya kurang pasti, tetapi dari segi akhlak dan kesopanan mereka saya agak ragu.
Bagaimanapun, izinkan saya menerangkan mengapa saya menolak rang undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS ini. Continue reading “Mengapa saya menolak ‘hudud PAS’”