– Huzaifah Ahmad Yamani
The Malaysian Insider
4 March 2015
Dalam kamus ada satu istilah disebut realisme. Makna mudahnya, fahaman yang berpijak di bumi nyata. Apabila seseorang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan, kita memanggilnya realistik. Misalnya, apabila kita berjimat cermat dek kerana kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ertinya kita seorang yang realistik. Dunia realisme perlu difahami, termasuklah dalam dunia politik.
Apa yang menjadi perdebatan dalaman PAS, antara golongan GU – Erdogan atau sebut sajalah apa pun namanya, bagi saya bertitik tolak dari ‘realisme politik’ inilah. Satu pihak masih mahu mempertahankan ‘status quo’, dan satu pihak lagi mahu berubah dan menjadi ‘realistik’ dengan keperluan zaman.
Nah, ada beberapa persoalan ingin saya ajukan. Satu, salahkah PAS berubah dan menjadi realistik? Dua, apa ‘status quo’ PAS yang sebenarnya? Tiga, antara kumpulan GU – Erdogan ini, mana lebih diperlukan dalam dunia politik Malaysia? Continue reading “PAS, ‘GU’ dan politik realistik”