– Lim Kit Siang
The Malaysian Insider
28 January 2015
Mesyuarat Kabinet hari ini patut menegur dan menolak pendirian Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) akan memburukkan lagi polarisasi kaum kerana ia bukan sahaja tidak benar, malah membuka ruang kepada penggantungan pilihan raya Dewan Negeri dan Parlimen pada masa akan datang.
Ini kali pertama dalam masa 50 tahun mana-mana menteri kerajaan Barisan Nasional mahupun Perikatan mengambil pendirian yang mengarut pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan akan mengakibatkan polarisasi kaum yang lebih buruk, atau berkemungkinan mencetuskan semula rusuhan kaum 13 Mei seperti disebut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendapat sokongan pimpinan tertinggi Umno.
Pada Mac 2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor mengutus 2 surat berasingan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya memohon supaya pilihan raya PBT dijalankan di negeri masing-masing.
Alasan mereka berbuat demikian untuk mengukuhkan demokrasi dengan memilih ahli-ahli majlis tempatan melalui pilihan raya dan bukan lantikan, yang akan menambah akauntabiliti, ketelusan dan urus tadbir yang baik.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu reaksi pantas menolak permintaan ini, sambil menyatakan mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan akan mengakibatkan politik di peringkat kerajaan tempatan dan tidak akan memperbaiki perkhidmatan kepada orang ramai.
Beliau berkata tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha memperbaiki perkhidmatan kepada orang ramai dan bukannya proses yang terlibat dalam memilih ahli majlis.
Tidak pernah ada yang menyebut tentang polarisasi kaum atau representasi kaum yang tidak seimbang dalam masa 50 tahun lampau sebagai sebab kenapa undi ketiga tidak boleh dikembalikan. Continue reading “Kabinet harus tolak pendirian Rahman Dahlan”