A Shukur Harun
The Malaysian Insider
27 January 2015
Walaupun dilihat kemelut dalam Pakatan Rakyat (PR), terutamanya antara pemimpin PAS dan DAP berterusan, tetapi ada perkembangan baru yang melegakan hati yang memungkinkan keharmonian wujud kembali dalam PR.
Dalam masa yang sama, sudah ada tanda PAS dan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), tidak lagi dilihat dalam suasana permusuhan.
Pada peringkat bawahan, yakni akar umbi, antara pendukung PasMa dan PAS kelihatan tidak ada masalah, justeru mereka dari keluarga besar yang tidak mungkin dipisahkan hanya kerana perbezaan pendapat.
Sementara itu, ada perkembangan yang menarik di peringkat akar umbi PAS dan DAP yang tercetus ketika banjir merempuh Kelantan dan negeri lain baru-baru ini.
Pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng datang sendiri ke Kelantan memberikan bantuan kepada mangsa banjir, di mana Lim Kit Siang yang turut mengharungi banjir sudah 3 kali ke sana. Continue reading “Kemelut dalam Pakatan boleh selesai”